Sunday, December 7, 2008

RUKUN KE 10 - MEMBACA TASYAHHUD PADA DUDUK AKHIR RAKAAT

Drpd Ibnu Mas'ud r.a.:-

Apabila kami bersembahyang bersama-sama Nabi s.a.w., kami berkata sebelum difardhukan tasyahhud ke atas kami): "Salam sejahtera ke atas Allah sebelum para hamba-Nya, salam sejahtera ke atas Jibrail a.s., salam sejahtera ke atas Mikail a.s, salam sejahtera ke atas si fulan. "Apabila selesai sembahyang, Rasulullah menghadap mukanya kepada kami lalu bersabda: Sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang bersifat dengan al-Salam. Apabila seseorang kamu duduk dalam sembahyang maka hendaklah dia membaca "Attahiyyat".


Kita lihat pula perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ketika membaca Tasyahhud.
  1. Kita mesti dengar bacaan yang kita lafazkan semasa membaca Tasyahhud (bagi pendengaran yang normal)
  2. Bacaan mesti berturut2 (bersambung2). Jika di antara ayat2 tersebut diselangi dgn diam yang pjg atau zikir yg lain maka bacaan Tasyahhudnya batal dan wajib diulangi.
  3. Membaca dalam keadaan duduk, kecuali jika uzur, maka harus membacanya dalam keadaan yang dibolehkan.
  4. Bacaan Tasyahhud mestilah di dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu, maka hendaklah diterjemahkan dlm bahasa yg dikehendaki. Tapi macammana pun ia tetap wajib mempelajari bacaan tersebut dalam bahasa arab.
  5. menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan segala syaddah (sabdu) ketika membacanya. Sekiranya berubah makhraj atau salah menyebutnya sehingga mengubah maknanya, maka batal bacaan dan wajib diulangi semula. dan
  6. Kena baca sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Saturday, December 6, 2008

DUDUK AKHIR (ketika membaca Tahiyyat Akhir)

Kali ni kita selidiki rukun yang ke 9 dlm solat kita.

Berlainan dgn duduk di antara2 sujud, duduk yang akhir ni ialah duduk yang berlaku di akhir raakat solat iaitu akan diberi salam selepas daripadanya.

Friday, December 5, 2008

RUKUN KE 8 - DUDUK ANTARA 2 SUJUD

Duduk di antara 2 sujud ni wajib pada setiap rakaat sembahyang.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Kemudian angkatlah (kepala kamu) sehingga kamu duduk dgn tenang (bertoma'ninah).

Syarat2 duduk di antara 2 sujud:-
  1. pastikan berniat utk ibadat ketika duduk dan bukan selainnya (seperti takut seumpamanya)
  2. tidak duduk terlalu lama (melebihi drp masa bacaan tasyahhud)
  3. toma'ninah yg sekurang2 dgn kadar mengucapkan tasbih.

Thursday, December 4, 2008

SUJUD 2 KALI DLM SETIAP RAKAAT

Alhamdulillah .... kali ini kita tengok pula rukun yg ke -7

Dari segi syarak maksud rukun yg ke-7 ialah menyentuhkan dahi ketika bersolat ke tempat sujudnya.
Firman Allah swt: Rukuk dan sujudlah kamu (Al-Haj:77)

Sabda Rasulullah s.a.w. kpd seorg lelaki yg tidak sempurna solatnya : "Kemudian sujudlah kamu sehingga kamu sujud dalam keadaan
bertoma'ninah kemudian angkat (kepala kamu) sehingga kamu dalam keadaan bertoma'ninah, kemudian sujud hingga kamu sujud dalam keadaan bertoma'ninah."

Kita tengok pula syarat2 sujud
  1. Dahi mestilah terbuka (tidak berlapik/tertutup) ketika meletakkan di tmpt sujud;
  2. Sujud disertakan dgn 7 anggota seperti mana Sabda Nabi s.a.w. "Aku diperintahkan supaya sujud di atas 7 tulang (anggota), di atas dahi sambil menisyaratkan dengan tangannya ke arah hidungnya, kedua2 tangan (tapaknya), kedua2 lutut dan hujung jari kedua2 kaki".
  3. Punggung hendaklah terangkat - melebihi bhgn yg paling atas yakni kepala, sekadar termampu krn mengikut perbuatan Rasululla s.a.w.;
  4. Pastikan tidak sujud di atas pakaian yang bergerak mengikut pergerakan kita;
  5. Pastikan berniat utk sujud dan kerana yg lain spt takut, mengelak sesuatu dsb;
  6. Pastikan dahi ditekan ke tempat sujud (memberi tekanan yg nyata). Jika contohnya disujud di atas kapas atau kain, nescaya nampak bekas atau kesan sujud tadi; dan
  7. Berada dalam keadan toma'ninah ketika sujud sekurang2nya sekadar mengucap tasbih.
Sujud yag sempurna ialah mengucapkan takbir ketika turun untuk sujud dgn meletakkan kedua2 lutut terlebih dahulu, kedua2 tgn, kemudian dahi dan hidung. Tgn diletakkan bertentangan dgn bahu dan jari dirapatkan (bukan genggam) dan menghala ke kiblat. Perut dipisahkan dgn peha dan siku diangkat dari lantai dan direngangkan daripada pinggang sambil melafazkan sebanyak 3 kali

Wednesday, December 3, 2008

I'TIDAL SELEPAS RUKUK

Assalamualaikum...wbt

Alhamdulillah .... sebelum ini dah 5 rukun solat telah di postkan dlm blog ini. Sekurang2nya utk diri ini yg selalu terlupa. Nama pun insan. Cam ustaz aku cakap, kita cakap ni (maksudnya mengajar) bukan utk org lain ... tapi utk diri sendiri. Lagi banyak kita cakap tentang kebesaran Allah, sebanyak itu juga akan masuk dalam hati kita .... InsyaAllah.

Kalau blog2 sebegini (yg menceritakan bab solat dsbnya, kurang org nak baca), tapi tak aper lah .... aku buat pun kerana Allah swt.

Ok ... kali ini rukun yg ke 6

I'tidal ialah rukun yg memisahkan di antara rukuk dan sujud.

Aisyah r.a. telah menyebutkan sifat sembahyang Rasulullah s.a.w. "Apabila rasulullah s.a.w. mengangkat kepalanya daripada rukuk, Baginda tidak sujud sehinggalah Baginda berdiri tegak."

Sabda Rasulullah s.a.w kpd seorg lelaki yg tidak sempurna solatnya dgn tujuan mengajarnya cara yg sempurna "Kemudian angkatlah (kepala kamu) sehingga berdiri dalam keadaan tegak."

Syarat2 I'tidal
  1. Tidak qasad selain daripada ibadat ketika bangun drp rukuk
  2. hendaklah berada dlm keadaan toma'ninah sekadar mengucap tasbih
  3. Tidak terlalu lama (tidak lebih drp pjgnya bacaan Fatihah) krn ia merupakan rukun yg pendek.

Tuesday, December 2, 2008

RUKUK

Maksud syarak bagi rukuk ialah membongkokkan badannya dengan kadar kedua2 tapak tangannya sampai ke kedua2 lutut, tetapi yg paling sempurna ialah membongkokkan badan sehingga belakangnya sama rata dlm keadaan menghala ke hadapan.

Firman Allah s.w.t.


Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (Al-Haj:77)

Nabi s.a.w. bersabda "Kemudian rukuklah kamu sehingga kamu rukuk dlm keadaan yang tenang (Al-Bukhari dan Muslim).

Syarat-syarat rukuk
  1. Membongkok dgn kadar sekurang2nya tapak tgn sampai ke lutut.
    Abi Humaid Al-Saa'idi r.a. meriwayatkan drp Nabi s.a.w. bersabda "Apabila Baginda rukuk, Baginda s.a.w. menekan kedua tangannya kpd kedua2 lutut".

  2. Memasang niat rukuk ketika membongkokkan badan. Sekiranya membongkok disebabkan sesuatu yg lain (seperti mengelakkan sesuatu), dan menjadikanya sebagai rukuk, maka batal rukuknya, malah wajib berdiri semula kemudian membongkok dgn tujuan rukuk.

  3. Toma'ninah. Sekurang2nya dapat mengucapkan Subhanallah iaitu berada dlm keadaan tetap/tenang ketika rukuk.

    Imam Ahmad Ahmad At-Tabrani meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda "Seburuk2 manusia ialah yang mencuri dalam sembahyanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana dia mencuri daripada sembahyangnya ? Sabda Rasulullah s.a.w.: Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya."

    Satu lagi hadis berbunyi "Apabila seseorang kamu rukuk lalu membaca
    sebanyak 3 kali, maka telah sempurnalah rukuknya yg demikian itu adalah sekurang-kurang sempurna).
p/s;
Kadang2 tu, diperhatikan .... ada yg solat ekspress. Tup ... tup ... dah bagi salam.

Sunday, November 30, 2008

MEMBACA FATIHAH


Bacaan Fatihah adalah merupakan rukun bagi setiap rakaat untuk semua jenis solat seperti mana dalilnya "Tidak sah sembahyang sesiapa yang tidak membaca surah Al-Fatihah".

Mengikut Imam Syafie rah. Basmalah adalah satu ayat daripada Al-Fatihah. Ini berdasarkan apa yg diriwayatkan oleh Khuzaimah dgn sanad yg sahih drp Ummu Salamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. mengira Bismillahir Rahmanir Rahim sebagai satu ayat drpdnya. Oleh itu tidak sah bacaan Fatihah
itu tanpa dimulai dgn

Syarat2 sah bacaan Fatihah
  1. Pembaca mesti mendengar bacaannya sendiri (jika mempunyai pendengaran yg normal)
  2. Dibaca dgn tertib (mengikut susunan ayat di dlm Al-Quran) disertakan dgn sebutan yg betul (makhraj - tempat keluar huruf dan yg bertashdid - bersabdu).
  3. Melafazkan tanpa mengubah makna bacaan.
  4. Dibaca dlm bahasa arab
  5. Dibaca dan disempurnakan dlm keadaan berdiri. Sekiranya kita rukuk sblm menghabiskan bacaan Fatihah, maka bacaan itu batal dan wajib diulangi semula.
Nota tambahan
  • Sekiranya seseorg tidak mampu membaca Fatihah disebabkan dia bukan org Arab atau sebagainya, maka dia boleh membaca 7 ayat Al-Quran yang lain yg dihafal utk menggantikannya.
  • Sekiranya seseorg itu tidak menghafal apa2 pun ayat Al-Quran, maka hendaklah digantikan dgn zikir kpd Allah sepanjang bacaan fatihah.

Wednesday, November 26, 2008

TAKBIRATUL IHRAM


Bagi rukun ke tiga pula ialah takbiratul ihram.

Nabi s.a.w. telah bersabda "Kunci sembahyang adalah bersuci. Permulaannya ialah takbir dan penghujungnya ialah salam" hadith riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud.

Takbiratul ihram mestilah dgn lafaz "Allahhuakbar" ataupun sebutan yang tidak mengubah nama Allah seperti "Allahuljalilu Akhbar", tetapi sekirnya ditambah dgn kalimah yg bukan sifat2 Allah seperti "Allahu huwalakhbar" atau mengubah susunan lafaz seperti "Akhbarullah" maka takbiratul ihram tidak sah. Dalilnya ialah mengikut perlakuan Rasulullah s.a.w. yang bertakbir menggunakan lafaz2 tersebut.

Untuk memastikan Takbiratul Ihram kita sah, berikut ialah syarat2nya:-

1. berdiri ketika melafazkannya. Tidak sah jika melafazkannya KETIKA HENDAK berdiri.
2. mengadap kiblat.
3. MESTI DALAM BAHASA ARAB (jika tak mampu menyebut dlm bahasa arab dan tak mampu mempelajarinya pada waktu itu, boleh la diterjemahkan dalam mn2 bahasa asalkan mempunyai maksud yang sama dgn takbiratul ihram tersebut. Walaubagaimanapun dia tetap wajib utk mempelajari menyebut dlm bahasa arab).
4. mendengar semua huruf yg dilafazkan (selain pekak)
5. MESTI DISERTAKAN DGN NIAT.

Ada juga kadangkala diperhatikan jemaah yg disebelah kita masa takbiratul ihram senyap aje ... sah ke idak solat gitu ????

Monday, November 24, 2008

BERDIRI KETIKA SEMBAHYANG FARDHU (BAGI YANG BERKUASA)

Imran bin Husain r.a. meriwayatkan:- Aku mempunyai penyakit buasir (sejenis penyakit di bahagian dubur) lalu bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan sembahyang. Sabda Rasulullah s.a.w: sembahyanglah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya tidak mampu, maka dalam keadaan duduk, sekiranya tidak mampu, maka di atas lambung (kanan) (mengiring di atas tulung rusuk sebelah kanan).

Berdiri boleh dianggap jika seseorang berada dalam keadaan tegak. Sekiranya seseorang membongkok dan tapak tangannya boleh menyentuh lututnya tanpa uzur, maka sembahyangnya boleh batal, kerana rukun berdiri sudah tidak ada lagi dalam sembahyangnya.Kalau kita tidak mampu berdiri keseluruhan dalam sembahyang, maka hendaklah ikita berusaha untuk berdiri setakat mana yang mana yang kita mampu dan sebahagian lagi duduk pada yang tidak mampu.

Dengan menyebut perkataan "Sembahyang Fardhu" maka bagi sembahyang sunat adalah disunatkan secara mutlak. Oleh itu harus baginya sembahyang dalam keadaan duduk samada ketika mampu berdiri atau tidak seperti mana diriwayatkan oleh Nabi s.a.w. "Sesiapa yang sembahyang dalam keadaan berdiri, maka itu adalah lebih afdhal. Sesiapa yang sembahyang duduk, maka baginya separuh daripada pahala orang yang berdiri. Dan barangsiapa yang sembahyang di dalam keadaan tidur (mengiring) maka baginya separuh daripada pahala orang yang duduk".

Wednesday, November 19, 2008

RUKUN2 SOLAT

Rasulullah s.a.w. bersabda “Solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat”.

Kali nie, saje aku post perkara yang selalunya macam kita ingat walaupun dasarnya kerapkali kita lupa. Bab rukun solat ni, kalau ada orang tanyer, kelam kabut juga nak menyebutnya satu persatu. Aku teringat masa umur aku sekitar 18 tahun nak interview dgn salah sebuah syarikat yg terkemuka di tanah air. Salah seorang penemuduga tu ... tanyer aku bab solat. "Bagitau saya rukun sembahyang ada berapa?". Aku menjawab selamba aje "13 tuan". "Nyatakan satu persatu". Hah ! bab yang nie la aku mengelabus ..... berpeluh sakan. Habis yang sunat pun aku bedal. Main tabur aje. Kira2 lebih pulak daripada 13 .... Hehehe ... Tapi tu dulu. Sekarang Alhamdulillah .... hafal dan diamalkan.

So dalam post ni .... aku nak kongsi2 dengan semua pembaca.Semua perkara-perkara ini aku petik daripada kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid I - Bab Bersuci dan SolatKita tengok dulu pengertian Rukun. Rukun tu apa ? Ada rukun negara, rukun tetangga pun ada.Rukun ni ialah juzuk (bahagian) asasi daripada sesuatu benda, seperti dinding yang merupakan salah satu daripada asasi sesebuah bilik. Manakala untuk juzuk2 sembahyang ialah rukun2nya seperti rukuk, sujud dll. Sembahyang tidak akan berlaku dan tidak sah kecuali semua bahagian-bahagian sembahyang telah sempurna dan dilakukan secara tertib sebagaimana ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. yang diajarkan oleh Malaikat Jibrail a.s.

Ok ... kita mulakan dengan rukun yg pertama

1. NIAT - Niat ialah qasad melakukan sesuatu yg disertai diawal perbuatannya. Tempatnya di dalam hati.Dalilnya: Sabda Nabi s.a.w. "Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat. (Bukhari: 1 dan Muslim:1907).Niat ni mesti disertakan dengan takbiratul ihram, di mana ketika melafazkan takbiratul ihram, hatinya dalam keadaan sedar dan tertumpu kepada qasad untuk melakukan sembahyang, disamping ingat akan jenis dan fardhu sembahyang yang hendak didirikan. Dan tidak disyaratkan menyebutnya dengan lidah.



Monday, November 10, 2008

KEPENTINGAN SOLAT BERJEMAAH

Ku mulakan post ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Sedikit renungan untuk kita fahami mengenai sejarah solat berjemaah.

Nabi s.a.w. mendirikan solat secara berjemaah selepas berhijrah ke Madinah. Selama 13 tahun baginda tinggal di Makkah dalam keadaan solat tidak berjemaah kerana berada dalam keadaan tertekan dengan pihak kafir Quraish. Nabi s.a.w. dan sahabat hanya solat secara bersendirian di rumah2 mereka. Apabila Baginda s.a.w. berpindah ke Madinah, barulah Baginda s.a.w. mendirikan solat secara berjemaah dan terang2an serta Baginda melakukan secara berterusan tanpa meninggalkannya hingga ke akhir hidup Baginda s.a.w.

Hukum Solat Berjemaah

Pendapat yang sahih (kecuali solat Jumaat) adalah fardhu kifayah. Oleh itu kefardhuan tersebut tidak akan terlepas daripada penduduk sesebuah pekan (Ahlul Baldah) melainkan ada sekumpulan manusia mendirikannya dengan jelas. Sekiranya ia tidak dididrikan sama sekali atau didirikan dalam keadaan bersembunyi, maka seluruh penduduk di kawasan tersebut berdosa dan pemerintah wajib memerangi mereka. (Rujukan Kitab Fikah Mazhab Syafie bertajuk Menghuraikan Bab Bersuci dan Solat m/s 181).

"Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh) dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjemaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina" (Surah An-Nisa: Ayat 102).

Ayat di atas menunjukkan bahawa semasa dalam perang sekalipun diperintah Allah untuk solat berjemaah apatah lagi jika keadaan aman dan damai ia adalah lebih
aula (utama). Malanglah kita meringan-ringankan solat berjemaah di masjid, sedangkan ketika Baginda s.a.w. sakit tenat sekalipun, Baginda s.a.w. dipapah oleh Sahabat r.a. untuk mengerjakannya. Ini menunjukkan betapa beratnya Baginda s.a.w. ingin menyatakan kepada ummatnya bahawa solat fardhu memang dilakukan secara berjemaah dan di masjid. Buka dan bacalah wahai sahabatku tentang sejarah bagaimana dalam kehidupan akhir baginda s.a.w. mengerjakan solat subuh dan pada ketika itu Rasulullah s.a.w. dalam keadaan yang sakit sekali. Malangnya kita buta sejarah .... buta sejarah tentang kehidupan Nabi kita.... walaupun kita mengaku sebagai umat nabi s.a.w. Tak malukah kita nanti bila memohon syafaat dari baginda di padang masyhar. Allah huakbar....

Hari ini ramai yang berfikir bahawa solat fardhu berjemaah bersama keluarga dan isteri adalah lebih baik sedangkan ini tidak ditunjukkan oleh Nabi SAW. Jika ada sekalipun, Nabi SAW berjemaah dengan isterinya, hanyalah dengan solat-solat sunat sahaja. Yang dimaksudkan dengan hadis nabi s.a.w. jangan dibiarkan rumah-rumah kita menjadi kubur ialah mengerjakan solat-solat sunat di rumah, bukannya solat yang fardhu. Jangan rujuk filem dalam tv. Si anu dengan si anu yang bukan muhrim bersolat dirumah dan bersalaman yang dijadikan contoh oleh orang kita. Itu namanya rujuk TV bukan rujuk hadis. Mudah sangat terpesong dengan budaya TV. Bila ustaz datang dari jauh nak mengajar, kita sibuk layan layan TV. Si isteri pun sama aje. Tak pernah bagi peransang pada si suami supaya tuntut ilmu. Buka lah mata wahai saudaraku sesama Islam. Syiar Islam harus ditegakkan.

Timbullah persoalan, "Adakah 27 gandaan pahala hanya dapat kepada si suami?" Sudah tentu tidak! Allah SWT Maha Adil. Segala pahala suami akan dapat pada isteri juga selagi mana si isteri taat kepada si suami (selagi bukan maksiat). Sebab itu, mana-mana isteri yang faham, maka akan disuruh si suami mengerjakan solat secara fardhu di masjid kerana bahagian kepadanya pun akan dapat.

Wahai saudaraku, sepatutnya kita patut rasa sedih dan pilu apabila melihat rumah-rumah Allah kosong dan lenggang (berbanding padang bola) . Rumah-rumah Allah perlu diisi dengan manusia dan ini menjadikan syiar Islam kukuh di muka dunia dengan orang-orang Islam bersatu berkumpul sehari 5 kali apabila masuknya waktu solat. Apabila ini berlaku, maka gentarlah orang-orang kafir. Seorang general Yahudi yang tersohor bernama Moshe Dayan juga pernah berkata...
"Jangan harap umat Islam akan dapat mengalahkan Yahudi selagi mana bilangan orang Islam yang bersolat Subuh di masjid-masjid sama dengan bilangan mereka yang bersolat Jumaat".

Artikel selanjutnya boleh dibaca di http://www.ismaweb.net/v2/Article233.html

Friday, October 24, 2008

FITNAH MEROSAKKAN UKHWAH SESAMA ISLAM

Alhamdulillah ... segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.

Walaupun blog ini aku khususkan untuk bab2 berkaitan solat namun post ini ada kaitan dengan amalan seharian kita.

Pada hari ini aku mendapat email yang memberi kesan dalam kehidupanku. Walaupun email tersebut nampak macam tiada apa2 (bagi org lain la agaknya), tetapi bagi aku, ia merupakan satu impak yg besar dalam diri ini. Memberi kesan yang mendalam pada sanubari ini.

Email yang dihantar kepada semua rakan2 sepejabat, berita yang tanpa diselidiki disebarkan tentang kebukuran aku dan keluargaku. Allahu Akhbar. Tak perlu aku paparkan email tersebut kat sini ... namun aku akan ingat sampai bila2. Keluargaku tidak dapat memaafkan si penyebar email tersebut, namun aku pula bukan jenis pendendam. Aku tetap memaafkan sipenyebar fitnah ini. Mudah2an Allah memberi petunjuk kepada beliau. Aku maklum bahawa aku bukanlah hamba Allah yang sebaik mana pun, namun aku tahu dosanya menyebar fitnah. Mudah2an post ini memberi keinsafan kepada kita semua.

Sama2 kita hayati post ini.

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu menceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.

Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

“Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.” (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.” (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada ken cingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya.”

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.”

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

“Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman.

“Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

“Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an-Nur: 11-20)

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)

Post ni aku pick up kat sini

Friday, October 10, 2008

KEMANA MENGHILANG ?

Alhamdulillah ... syukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di dunia ini lagi.

Masuk hari ini dah 4 hari aku bekerja. Ramai penghuni2 sudah pulang untuk mulakan tugas masing2. Klu tak silap aku, hampir kesemua penghuni dah balik dari berhari raya di kampung. Aku mula bertugas pada 07hb Okt selepas 9 hari bercuti raya. Hehehe. Best raya kat kg. Rasa malas aje nak keje ....!

Pada hari Isnin (6hb Okt) aku p ke surau, aku perhatikan tak ramai jemaah yang datang. Itupun selepas aku melaungkan azan. Dari maghrib (aku sampai rumah jam 6 ptg pd 6hb tu) sampai ke Isyak hanya 3 org aje yang solat di rumah Allah. Pada keesokkan harinya pun sama juga. Aku fikir mungkin penghuni penat berhari raya kot. Tak apela. Tapi sehingga aku tulis post ni pun rupanya tak ramai yang datang ke surau.

Mungkin latihan semasa Ramadhan dahulu tak dibawa ke Syawal. Alangkah ruginya kita. Dah practise sungguh2 dgn solat Isyak dan terawih secara berjemaah ... masuk saje Syawal latihan tersebut tidak digunakan. Masa Ramadhan dulu, para penghuni berlumba2 datang di awal pagi siap azan subuh lagi. Sekarang mana perginya ? Masa Zohor … tuhhhh dia …. Ramainyer …. Siap tadarus Al-Quran lagi. Masa Asar pun sama. Sekarang kemana menghilang ? Masa maghrib pun ramai kengkawan yang datang untuk berbuka posa, tapi masuk saje Syawal, dah mula sibuk dengan kartun doremon. Dulu masa Ramadhan, solat isyak dan Terawih hampir penuh satu saf (lebih kurang 50 jemaah), tapi sekarang nak dapat 4 -5 org pun payah. Sekarang ni pulak kalau subuh ….. dapat 2 orang pun dah kira baik.

Alangkah bagusnya kalau Allah ciptakan 12 bulan tu hanya bulan Ramadhan. Aku gembira pada bulan Ramadhan yang lalu kerana rumah Allah ramai pengunjungnya dan aku kembali sedih kembali kerana rumah Allah kembali kosong.

Jangan lupa program mulai 14hb Okt 2008.

Selasa mlm Rabu - Kuliah Maghrib oleh Ust Rosli (Kitab Fekah Mazhab Syafie)
Rabu selepas Asar - Talaqi Al-Quran bersama Ust Ali Badri Al-Hafiz
Rabu mlm Khamis - Kuliah Magrib oleh Ust Yusnizan (Sirah Nabi)
Khamis mlm Jumaat - Yassin dan Tahlil.

Wahai para sahabatku ... jom la kita imarahkan rumah Allah kita.

Jom .. pakat2 kita p surau/masjid.

Tuesday, October 7, 2008

SALAM EIDUL FITRI

Alhamdulillah ... kini baru aku berkesempatan untuk menulis dlm blog cinta abadi setelah pulang dari bercuti raya dan seterusnya menyelesaikan kerja2 dunia yang bertimbun2. Biasalah kalau keje2 dunia nie … sampai bila2 pun tak abis (tu pepatah mak aku).
Sebenarnya ada dua perkara yang nak aku kongsikan bersama pembaca.

1. Kisah semasa aku bercuti berhari raya di kg.

Aku perhatikan setiap kali aku menunaikan solat fardhu bersama org tuaku di masjid Klebang Besar, Melaka .... ada seorang lelaki yang ... nak kata camner ehhh. Terus terang aje aku katakan bahwa lelaki tu kurang skittttt akalnyer. Umurnya sekitar 40an. Nak kata gila bukan gila. Tapi perangainya macam budak2. Cam tu r lebih kurang. Kira cam terancat akal lah. Bukan niat aku menghina dia, cuma nak story kat pembaca aje.

Yang bagusnya setiap kali solat fardhu dia akan turut serta berjemaah. Aku suspen juga sebab ada sekali tu dia solat kat sebelah aku. Kau org faham le klu org terencat akal sembahyang. Dia pandang kira kanan, dia garu sana ... dia garu sini. Tapi selepas selesai solat baru aku tahu yang dia ni tak ganggu jemaah yang solat. Dan kedatangannya ke rumah Allah juga disenangi oleh para jemaah yang lain. Ini bermaksud bahwa dia tak ganggu jemaah semasa solat. Dan dia ni pulak solat sampai bagi salam. Sebab tu la para jemaah tak menghalang dia untuk turut bersolat.

Aku terfikir sekejap. Hebatnya Allah .... Allah tidak pernah memilih sesiapa untuk menjadi tetamu Allah. Samada orang tu siuman atau tidak siuman. Yang dalam citer aku ni .... betul la bro tu terencat akal, tapi hubungan dia dengan Allah lebih baik daripada orang yang sihat dan siuman seperti aku ini. Disebalik kekurangan dirinya terdapat kelebihan iman berbanding dengan orang yang akalnya sihat tapi imannya kurang siuman. Yang lebih hebat lagi ... tiap kali solat subuh pun dia ada. Kalau aku ???? Ntah la .... mungkin aku akan mengadu pada Allah bahwa aku kurang siuman dan ilmu fardhu kifayah aku tak tahu (ye la sbb org kurang siuman takkan nak p kuliah agama untuk tuntut ilmu dan solat jemaah).

2. Kisah kedua aku nak story kat pembaca

Semasa aku berhari raya kat rumah makcik aku, aku singgah sat kat surau taman dia utk solat zohor. Selesai aje aku solat bersama jemaah kat taman itu ... aku pun ronda2 kat dalam surau tu sambil membaca artikel dan aktiviti surau sambil menunggu ayahku. Ada satu keratan akhbar yang menarik perhatian ku. nak tahu aper dia ? Hah ni dia ....









Serban Rasulullah s.a.w.










Bentuk kopiahnya melonjong .... bukti ketelitian ulama Hadis di Urbezkistan














Serban, jubah dan tongkat Nabi Muhammad s.a.w.























P
etikan dari artikel

Inilah pandangan dari depan serban yang pernah dipakai oleh Rasulullah s.a.w. 1400 tahun dahulu. Kain serbannya yang berwarna hijau tua sudah terlalu lusuh dan lilitannya pada kopiah sudah longgar (ekor serban tidak kelihatan dalam gambar).


Bentuk kopiah yang dipakai oleh Rasulullah s.a.w. ini (melonjong atau menajam ke atas) dipakai sejak turun temurun oleh ulama-ulama dibumi Ma Wara Un Nahar iaitu di Urbezkistan yang termasuk dalam wilayah Khurasan.

Hingga kini kopiah jenis ini mudah didapati di sana dan tidak di tempat-tempat lain. Di sanalah tanah kelahiran dan tempat bergelanggang ulama-ulama Hadis yang terkenal dalam sejarah seperti Imam Bukhari dan Imam Termizi. Ini membuktikan bahawa ulama-ulama itu sangat teliti dalam mengambil, menganalisa, dan mengamalkan Hadis sehingga bentuk kopiahpun mereka meniru kopiah Rasulullah s.a.w.

Serban Rasulullah s.a.w. ini masih tersimpan elok di atas makam baginda di Madinah Al Munawarrah, tetapi tidak boleh dipamerkan kepada umum oleh pihak berkuasa Haramain.

Tak tahu la klu pembaca dah tengok dan baca artikel ni. Mudah2 menjadi dorongan kepada kita utk mengamalkan sunah yang ditinggal oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam baki2 kehidupan kita di dunia ni.


Wassalam.

Wednesday, October 1, 2008

TANGAN DIHULUR AMPUN DIPOHON - SHR

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Mudah2an kita bertemu lagi Ramadhan 1430H. InsyaAllah.
Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini, kupohonkan keampunan dari kalian.

Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah menciptakan kita menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Sekelip mata aje rasanyer masa berlalu. Masih terasa lagi 1 Ramadhan 1429H. Berterawih hanya 4 org aje pd malam tu.... sekarang dah nak raya dahhhh. Tinggal 4 hari aje lagi.

Dalam kesempatan ini ... saya ingin mengambil kesempatan menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dalam apa sahaja yang tidak menyenangkan tuan/puan. yang termakan, terminum, terkata, terkutuk, terngumpat dsb.

Bagi saya kesemua kesilapan atau dosa2 (sekiranya ada); saya maafkan dunia dan akhirat.

Selamat hari raya semuanya, berhati2 di jalan raya. Insya'Allah bertemu selepas Syawal ini. Jemput bertandang ke rumah.

Jika berdoa dan bertemu malam Lailatul Qadar, doakan aku juga ...

Thursday, September 25, 2008

PERKARA SUNAT DIHARI RAYA

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Alhamdulillah, kita sekarang telah pun berada di penghujung bulan Ramadan. Ini bererti beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan 1 Syawal 1429 Hijrah, iaitu hari kemenangan bagi umat Islam setelah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan dan berjaya pula melawan hawa nafsu. Itulah hari yang dinamakan Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah s.w.t mengharamkan kita berpuasa pada hari tersebut.

Pada kelazimannya, kedatangan Hari Raya ini akan disambut dan diraikan oleh umat Islam seluruh dunia, tidak terkecuali umat Islam di negara kita sendiri. Apa yang menjadi tradisi umat Islam di negara kita apabila menyambut Hari Raya ialah membuat bermacam-macam persiapan yang terbentuk material seperti menyediakan pakaian baru, juadah dan barangan hiasan rumah. Persiapan seumpama itulah yang sering dititikberatkan sehingga menyebabkan kita lalai dan lupa kepada perkara yang lebih afdal untuk dilakukan ketika meraikan malam Hari Raya itu.

Dalam keseronokan dan kegembiraan kita menyambut kedatangan Hari Raya, kita jangan lupa melakukan perkara-perkara yang sunat sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam, antaranya:

Pertama: Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah jelas dilihat (samada secara hisab atau rukyah).

Kedua: Sunat menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih.

Ketiga: Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri pada pagi Hari Raya sebelum pergi ke masjid.

Keempat: Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok.

Kelima: Sunat mekan sedikit pada pagi itu (sebaiknya makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil) sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya.

Keenam: Sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:

"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."

Ketujuh: Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti mengucapkan 'semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak'.

Dalam suasana kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba, kita juga jangan melupakan manusia yang kurang bernasib baik yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah yang menimpa mereka.

Memang benar dan tepat sebagaimana yang digambarkan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam Al-Quran Surah Az-Zalzalah ayat 1 - 5 tafsirnya:

"Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya. Dan berkatalah manusia dengan perasaan gerun: Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar berita bahawa Tuhanmu telah memerintahkan berlaku demikian."

Mudah-mudahan amal yang kita lakukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesengsaraan dan penderitaan yang mereka tanggung. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:

"Dari Abi Hurairah r.a.: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa melepaskan seorang mukmin itu suatu kesusahan dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di akhirat."

Monday, September 22, 2008

PENCARIAN MALAM LAILATUL QADAR

Segala puji2 bagi Allah tuhan sekelian alam.


Setiap orang Islam yang benar2 sejati akan mencari malam 1000 bulan ini. Pada bulan ini sahaja berlakunya malam ini. Pencarian tidak akan sia-sia bagi org yang benar2 beriman dan yakin dengan kehebatan Allah. Namun disebalik yang mencari malam itu, masih ramai lagi yang membiarkannya berlalu pergi begitu sahaja. Orang-orang beginilah yang dikutuk oleh Rasulullah s.a.w.


Di dalam Al-Qur’an tidak dijelaskan bilakah malam Lailatul Qadar itu akan berlaku, tetapi di dalam hadits diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. beriktikaf untuk 10 hari di awal bulan Ramadhan dan kemudian 10 hari pertengahannya yang mana sabdanya: “Sesungguhnya malam Lailatul Qadar itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Baginda s.a.w. sujud di waktu subuh di masjid yang berair bercampur tanah (berlumpur), kemudian pada malam ke-21 di saat baginda i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid karena masjid Nabi s.a.w. diperbuat dari anjang-anjang/pohon2 kurma. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya, maka beliau sujud ditempat yang berair bercampur tanah.” (HR. Bukhori no.669 dan 2016, Muslim no.1167, dan 216 dari shohabat Abu Sa’id Al-Khudri).

Hadis di atas menunjukkan bahawa malam Lailatul Qadar pada waktu itu jatuh pada malam yang ke-21. Sedangkan para sahabat Rasulullah s.a.w. melihat dalam mimpi mereka bahawa malam Lailatul Qadar jatuh pada malam ke 27. (HR. Bukhori no.2015, Muslim no.1165 dari sahabat Abdulloh bin ‘Umar ).

Perbedaan pendapat para ulama tentang jatuhnya malam Lailatul Qadar pada 10 hari terakhir adalah berpindah-pindah pada setiap tahunnya, kadang kala pada tahun ini jatuh pada malam yang ke 21, kemudian pada tahun berikutnya jatuh pada malam yang ke 29, 25 atau 24.

Disebalik berlakunya hari2 yang lain terdapat hikmahnya pula. Adapun di antara kita ni orangnyer malas2 belaka menjalankan ibadah, mereka bersemangat untuk menjalankan ibadah pada 10 hari terakhir di bulan Romadan. Hikmah yang lainnya juga iaitu agar menambah amal salih seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah.

CARA SAMBUT HARI RAYA

Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Islam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.

Fitri juga bermaksud tabiat semual jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramdhan, bertadarus al-Quran, Qiamullail, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.

Dengan penjelasan ini maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu amarah sepanjang bulan Ramadhan. Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang takwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah s.w.t. menerusi ayat 183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa."

Pengisian Program 'Idil Fitri

'Idil Fitri hendaklah disambut dengan acara-acara yang dianjurkan oleh al-Quran dan al-Sunah, iaitu ada tiga perkara seperti berikut:

1) Membanyakkan Ucapan Takbir

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadhan (29 hari atau 30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah s.w.t.) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur."
(Surah al-Baqarah:185)

Sabda Rasullullah s.a.w. pula yang bermaksud : "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan rahmud ."

2) Pembahagian Takbir

Takbir Mursal : Sunnat dilafazkan sama ada oleh orang yang bermukim mahupun musafir, di masjid atau di jalan dengan cara duduk atau berdiri, di pasar-pasar, di rumah-rumah kediaman dan sebagainya. Waktu bermula daripada terbenamnya matahari akhir Ramadhan dan berterusan sepanjang malam Hari Raya hingga solat 'Id didirikan pada esok harinya. Demikian juga bagi Takbir 'Id Al-Adha (Hari Raya Qurban) sunat dilafazkan sepanjang malam hingga esok harinya ketika solat 'Id Al-Adha didirikan.

Takbir Muqaiyad : Iaitu takbir yang terikat dengan waktu-waktu solat. Jelasnya ia sunnat dilafazkan pada setiap kali selesai sembahyang. Waktunya bermula selepas Subuh hari Arafah (hari ke-9 Zulhijjah) dan berakhir selepas solat 'Asar pada 13 Zulhijjah (hari tasyrik).

3) Menunaikan Zakat Fitrah

Walaupun dibolehkan pembayarannya sejak awal Ramadhan, yang afdal ialah pada pagi Hari Raya selepas solat Subuh sebelum solat 'Id didirikan. Inilah menurut hukum asal yang dilakukan pada zaman hayat Rasullullah s.a.w. dan para sahabat serta tabi'in yang lalu.

MASA DAHULU

Zakat Fitrah pada peringkat awal yang lalu dalam bentuk makanan asasi dan terus disampaikan kepada fakir miskin. Jadi, dalam saat-saat mereka hendak menyambut 'Idil Fitri, hari mulia yang penuh dengan barakah, alangkah gembiranya mereka mendapat habuan makanan itu.

Ibnu Abbas r.a. berkata yang bermaksud : "Rasulullah s.a.w. memfardhukan zakat fitrah sebagai membersihkan kecacatan ibadah puasa kerana perbuatan yang sia-sia dan mencarut, disamping itu menjadi habuan untuk orang-orang miskin."

Pada riwayat yang lain pula, Rasullullah s.a.w. berdabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat 'Id, maka zakatnya itu diterima, tetapi yang membayarnya selepas solat 'Id, ia menjadi sedekah biasa." (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majjah dan disahkan oleh al-Hakim)

MASA KINI
Kini di negara kita, Zakat Fitrah diberikan dalam bentuk wang ringgit sebagai ganti beras. Fakir miskin telah menerima habuan sebelum Hari Raya dengan cara diberikan pendahuluan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Oleh itu, elok Zakat Fitrah dibayar lebih awal atau pada malam Hari Raya, untuk mengelakkan kesibukan tugas amil memungutnya. Sempena 'Idul Fitri selain diwajibkan berfitrah, kita umat Islam yang berkemampuan juga disunnatkan memberi sedekah-sedekah yang lain dengan mengutamakan kaum kerabat kita yang susah, kemudian barulah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.

4) Menghadiri Upacara Solat 'Id

Sekelian Muslimin dan Muslimat, tua dan muda, termasuk wanita-wanita yang haid di sunatkan menghadiri upacara perhimpunan tahunan tersebut bagi masyarakat Islam setempat. Kehadiran mereka sebagai menghayati syi'ar keagungan Islam dan perpaduan ummah, disamping itu mereka berpeluang bertakbir (membesarkan Allah s.w.t.) beramai-ramai, mendengar khutbah 'Id yang penting, berzikir dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam. Bagi yang tidak uzur berpeluang mendirikan solat 'Id (Hari Raya).

Daripada Ummu 'Atuyah r.a. ujurnya : Kami disuruh membawa gadis-gadis kecil dan wanita yang haid pada Hari Raya ('Idil Fitri dan 'Idil Adhha), agar mereka menyaksikan kebajikan dan doa kaum Muslimin tetapi wanita-wanita yang sedang haid itu terpisah dari tempat solat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perlu diingatkan, bahawa Hari Raya Puasa kita disunnatkan menjamah makanan atau juadah terlebih dahulu, kemudian pergi ketempat solat, tetapi untuk Hari Raya Haji sunat tidak makan terlebih dahulu, sebaliknya kita bersegera keupacara perhimpunan solat. Solat 'Idil Adha disegerakan lalu menyembelih binatang qurban, kemudian kita pulang dengan membawa daging qurban, lalu dimasak dan baru makan.

Pada pagi-pagi Hari Raya, kita juga disunatkan mandi dan memakai pakaian yang serba baru atau yang bersih dan indah. Kemudian ketika pergi kemusollah (tempat solat), pergi melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat handai dan saudara sesama Islam. Kita sama-sama mengucapkan Salam 'Idil Fitri sambil berbalas-balas senyuman, sama-sama menyatakan rasa syukur ke Hadrat Ilahi atas petunjuk dan pertolongan-Nya sehingga kita berjaya menundukkan nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Pada zaman hayat Rasulullah s.a.w. dahulu, solat 'Id diadakan di tanah lapang kerana masjid-masjid pada zaman itu kecil-kecil belaka. Kini solat 'Id diadakan di masjid atau disurau. Adalah amat elok jika dapat dibuatkan khemah atau ruang khas dil uar masjid atau surau untuk memberi peluang para wanita yang uzur (haid) duduk ditempat itu supaya mereka dapat sama-sama menikmati syi'ar 'Idil Fitri atau 'Idil Addha.

5) Amalan-amalan Menjelang Hari Raya Puasa

Umat-umat Islam digalakkan melakukan I'tikaf beramai-ramai di masjid pada malam-malam sepuluh terakhir pada bulan Ramadhan (malam ke-21 hingga malam ke-29 atau ke-30) kerana berharap bertemu malam LAILATIL QADAR atau malam kemuliaan yang mempunyai nilai lebih baik daripada 1000 bulan. Amalan ini dilakukan pada zaman hayat Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat serta abad-abad berikutnya, bahkan hingga kini masih dilakukan begitu bersemarak disesetengah negara Islam khususnya di Masjidil Haram (Makkah), tetapi malangnya di negara kita kebanyakkan umat Islam menyambut 'Idil Fitri lebih tertumpu dalam bentuk fizikal atau lahiriah, yang mana sesetengahnya tidak sesuai dengan roh pengajaran Islam. Sejak awal Ramadhan lagi, mereka lebih tertumpu kepusat membeli-belah, melengkapkan persiapan membeli pakaian, hiasan rumah dan lain-lain lagi. Apabila Hari Raya sudah hampir, kebanyakkan suri rumah lebih tertumpu menyediakan kuih-muih yang pelbagai jenis.

Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut 'Idil Fitri. Ciri-ciri yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan. Kita boleh menyediakan makanan, juadah dan kuih-muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana.

Demikian juga dengan perhiasan rumah, pakaian untuk diri dan anak-anak mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga. Acara ziarah menziarahi orang tua, saudara-mara, kaum kerabat, orang-orang yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat handai ini sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya sahaja, tetapi perlu dilakukan pada hari dan bulan lain yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w.yang bermaksud : "Ziarahilah saudara mara kamu dari masa ke masa kerana ia boleh menambahkan kasih sayang." Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita, hendaklah dilakukan labih kerap dan janganlah menunggu Hari Raya sahaja. Amalan meminta maaf juga perlulah dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan kesilapan serta kesalahan pada orang lain.

Friday, September 19, 2008

MALAM LAILATUL QADAR

Keutamaan malam Lailatul Qadar sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Quran yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkat mereka ke darjat yang mulia dan tertinggi. Ummat Islam yang mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. tidak menghunus pedang atau sebagainya untuk memperingati malam ini, tetapi mereka akan bangun di malam harinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan untuk mengharap ganjaran dari Allah swt.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Al Quran dan hadits-hadits Nabawiyyah yang shahih yang menjelaskan tentang malam tersebut.

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahawasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman,











[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [QS Al Qadar: 1 - 5] [2]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan nan penuh hikmah,







[3] Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [4] Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, [5] (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, [6] sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS Ad Dukhoon: 3 - 6]

2. Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi s.a.w.; malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, atau 29 Ramadhan. Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi s.a.w. menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/388).

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah s.a.w. beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, (yang artinya) “Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat Ibnu Umar (dia berkata): Rasulullah s.a.w. bersabda; “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” (HR Bukhari 4/221 dan Muslim 1165).

Ini menafsirkan sabdanya (yang artinya), “Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir.” (Lihat maraji’ diatas).

Di dalam suatu kisah pula, kita hampir2 diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. tentang bilakah malam Lailatul Qadar itu, tetapi disebabkan terdapatnya perdebatan di kalangan sahabat maka Rasulullah menyuruh suapaya kita mencarinya sendiri. Dari Ubadah bin Shamit r.a., ia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda, “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga tidak diketahui bilakah Lailatul Qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain: tujuh, sembilan, lima).” (HR Bukhari 4/232).

Banyak hadits yang memaklumkan bahawa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah.

Kesimpulannya, jika kita mencari malam Lailatul Qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari ppada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu, dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalaNya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759).

Rasulullah s.a.w. bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759)

Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata, “Aku bertanya, Ya Rasulullah s.a.w. apa yang harus aku ucapkan pada malam Lailatul qadar?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850).

Wahai saudaraku seIslam - semoga Allah memberkati dan memberi taufiq kepada kalian untuk mentaatiNya; engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan solat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada isterimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengikatkan kainnya (menjauhi wanita iaitu isteri-isterinya karena ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari 4/233 dan Muslim 1174).

Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (HR Muslim 1174).

4. Tanda-tandanya

Ketahuilah hamba yang taat; mudah-mudahan Allah menguatkanmu dengan ruh dariNya dan membantu dengan pertolonganNya- sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.

Dari Ubay r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR Muslim 762).

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda (yang artinya), “Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah.” (HR Muslim 1170. Perkataannya “Syiqi Jafnah”, syiq artinya setengah, jafnah artinya bejana. Al Qadli ‘Iyadh berkata, “Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, karena bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan.”)

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).

Dikutip dari Buku Sifat Puasa Nabi s.a.w