Sunday, November 30, 2008

MEMBACA FATIHAH


Bacaan Fatihah adalah merupakan rukun bagi setiap rakaat untuk semua jenis solat seperti mana dalilnya "Tidak sah sembahyang sesiapa yang tidak membaca surah Al-Fatihah".

Mengikut Imam Syafie rah. Basmalah adalah satu ayat daripada Al-Fatihah. Ini berdasarkan apa yg diriwayatkan oleh Khuzaimah dgn sanad yg sahih drp Ummu Salamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. mengira Bismillahir Rahmanir Rahim sebagai satu ayat drpdnya. Oleh itu tidak sah bacaan Fatihah
itu tanpa dimulai dgn

Syarat2 sah bacaan Fatihah
  1. Pembaca mesti mendengar bacaannya sendiri (jika mempunyai pendengaran yg normal)
  2. Dibaca dgn tertib (mengikut susunan ayat di dlm Al-Quran) disertakan dgn sebutan yg betul (makhraj - tempat keluar huruf dan yg bertashdid - bersabdu).
  3. Melafazkan tanpa mengubah makna bacaan.
  4. Dibaca dlm bahasa arab
  5. Dibaca dan disempurnakan dlm keadaan berdiri. Sekiranya kita rukuk sblm menghabiskan bacaan Fatihah, maka bacaan itu batal dan wajib diulangi semula.
Nota tambahan
  • Sekiranya seseorg tidak mampu membaca Fatihah disebabkan dia bukan org Arab atau sebagainya, maka dia boleh membaca 7 ayat Al-Quran yang lain yg dihafal utk menggantikannya.
  • Sekiranya seseorg itu tidak menghafal apa2 pun ayat Al-Quran, maka hendaklah digantikan dgn zikir kpd Allah sepanjang bacaan fatihah.

Wednesday, November 26, 2008

TAKBIRATUL IHRAM


Bagi rukun ke tiga pula ialah takbiratul ihram.

Nabi s.a.w. telah bersabda "Kunci sembahyang adalah bersuci. Permulaannya ialah takbir dan penghujungnya ialah salam" hadith riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud.

Takbiratul ihram mestilah dgn lafaz "Allahhuakbar" ataupun sebutan yang tidak mengubah nama Allah seperti "Allahuljalilu Akhbar", tetapi sekirnya ditambah dgn kalimah yg bukan sifat2 Allah seperti "Allahu huwalakhbar" atau mengubah susunan lafaz seperti "Akhbarullah" maka takbiratul ihram tidak sah. Dalilnya ialah mengikut perlakuan Rasulullah s.a.w. yang bertakbir menggunakan lafaz2 tersebut.

Untuk memastikan Takbiratul Ihram kita sah, berikut ialah syarat2nya:-

1. berdiri ketika melafazkannya. Tidak sah jika melafazkannya KETIKA HENDAK berdiri.
2. mengadap kiblat.
3. MESTI DALAM BAHASA ARAB (jika tak mampu menyebut dlm bahasa arab dan tak mampu mempelajarinya pada waktu itu, boleh la diterjemahkan dalam mn2 bahasa asalkan mempunyai maksud yang sama dgn takbiratul ihram tersebut. Walaubagaimanapun dia tetap wajib utk mempelajari menyebut dlm bahasa arab).
4. mendengar semua huruf yg dilafazkan (selain pekak)
5. MESTI DISERTAKAN DGN NIAT.

Ada juga kadangkala diperhatikan jemaah yg disebelah kita masa takbiratul ihram senyap aje ... sah ke idak solat gitu ????

Monday, November 24, 2008

BERDIRI KETIKA SEMBAHYANG FARDHU (BAGI YANG BERKUASA)

Imran bin Husain r.a. meriwayatkan:- Aku mempunyai penyakit buasir (sejenis penyakit di bahagian dubur) lalu bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan sembahyang. Sabda Rasulullah s.a.w: sembahyanglah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya tidak mampu, maka dalam keadaan duduk, sekiranya tidak mampu, maka di atas lambung (kanan) (mengiring di atas tulung rusuk sebelah kanan).

Berdiri boleh dianggap jika seseorang berada dalam keadaan tegak. Sekiranya seseorang membongkok dan tapak tangannya boleh menyentuh lututnya tanpa uzur, maka sembahyangnya boleh batal, kerana rukun berdiri sudah tidak ada lagi dalam sembahyangnya.Kalau kita tidak mampu berdiri keseluruhan dalam sembahyang, maka hendaklah ikita berusaha untuk berdiri setakat mana yang mana yang kita mampu dan sebahagian lagi duduk pada yang tidak mampu.

Dengan menyebut perkataan "Sembahyang Fardhu" maka bagi sembahyang sunat adalah disunatkan secara mutlak. Oleh itu harus baginya sembahyang dalam keadaan duduk samada ketika mampu berdiri atau tidak seperti mana diriwayatkan oleh Nabi s.a.w. "Sesiapa yang sembahyang dalam keadaan berdiri, maka itu adalah lebih afdhal. Sesiapa yang sembahyang duduk, maka baginya separuh daripada pahala orang yang berdiri. Dan barangsiapa yang sembahyang di dalam keadaan tidur (mengiring) maka baginya separuh daripada pahala orang yang duduk".

Wednesday, November 19, 2008

RUKUN2 SOLAT

Rasulullah s.a.w. bersabda “Solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat”.

Kali nie, saje aku post perkara yang selalunya macam kita ingat walaupun dasarnya kerapkali kita lupa. Bab rukun solat ni, kalau ada orang tanyer, kelam kabut juga nak menyebutnya satu persatu. Aku teringat masa umur aku sekitar 18 tahun nak interview dgn salah sebuah syarikat yg terkemuka di tanah air. Salah seorang penemuduga tu ... tanyer aku bab solat. "Bagitau saya rukun sembahyang ada berapa?". Aku menjawab selamba aje "13 tuan". "Nyatakan satu persatu". Hah ! bab yang nie la aku mengelabus ..... berpeluh sakan. Habis yang sunat pun aku bedal. Main tabur aje. Kira2 lebih pulak daripada 13 .... Hehehe ... Tapi tu dulu. Sekarang Alhamdulillah .... hafal dan diamalkan.

So dalam post ni .... aku nak kongsi2 dengan semua pembaca.Semua perkara-perkara ini aku petik daripada kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid I - Bab Bersuci dan SolatKita tengok dulu pengertian Rukun. Rukun tu apa ? Ada rukun negara, rukun tetangga pun ada.Rukun ni ialah juzuk (bahagian) asasi daripada sesuatu benda, seperti dinding yang merupakan salah satu daripada asasi sesebuah bilik. Manakala untuk juzuk2 sembahyang ialah rukun2nya seperti rukuk, sujud dll. Sembahyang tidak akan berlaku dan tidak sah kecuali semua bahagian-bahagian sembahyang telah sempurna dan dilakukan secara tertib sebagaimana ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. yang diajarkan oleh Malaikat Jibrail a.s.

Ok ... kita mulakan dengan rukun yg pertama

1. NIAT - Niat ialah qasad melakukan sesuatu yg disertai diawal perbuatannya. Tempatnya di dalam hati.Dalilnya: Sabda Nabi s.a.w. "Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat. (Bukhari: 1 dan Muslim:1907).Niat ni mesti disertakan dengan takbiratul ihram, di mana ketika melafazkan takbiratul ihram, hatinya dalam keadaan sedar dan tertumpu kepada qasad untuk melakukan sembahyang, disamping ingat akan jenis dan fardhu sembahyang yang hendak didirikan. Dan tidak disyaratkan menyebutnya dengan lidah.



Monday, November 10, 2008

KEPENTINGAN SOLAT BERJEMAAH

Ku mulakan post ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Sedikit renungan untuk kita fahami mengenai sejarah solat berjemaah.

Nabi s.a.w. mendirikan solat secara berjemaah selepas berhijrah ke Madinah. Selama 13 tahun baginda tinggal di Makkah dalam keadaan solat tidak berjemaah kerana berada dalam keadaan tertekan dengan pihak kafir Quraish. Nabi s.a.w. dan sahabat hanya solat secara bersendirian di rumah2 mereka. Apabila Baginda s.a.w. berpindah ke Madinah, barulah Baginda s.a.w. mendirikan solat secara berjemaah dan terang2an serta Baginda melakukan secara berterusan tanpa meninggalkannya hingga ke akhir hidup Baginda s.a.w.

Hukum Solat Berjemaah

Pendapat yang sahih (kecuali solat Jumaat) adalah fardhu kifayah. Oleh itu kefardhuan tersebut tidak akan terlepas daripada penduduk sesebuah pekan (Ahlul Baldah) melainkan ada sekumpulan manusia mendirikannya dengan jelas. Sekiranya ia tidak dididrikan sama sekali atau didirikan dalam keadaan bersembunyi, maka seluruh penduduk di kawasan tersebut berdosa dan pemerintah wajib memerangi mereka. (Rujukan Kitab Fikah Mazhab Syafie bertajuk Menghuraikan Bab Bersuci dan Solat m/s 181).

"Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh) dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjemaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina" (Surah An-Nisa: Ayat 102).

Ayat di atas menunjukkan bahawa semasa dalam perang sekalipun diperintah Allah untuk solat berjemaah apatah lagi jika keadaan aman dan damai ia adalah lebih
aula (utama). Malanglah kita meringan-ringankan solat berjemaah di masjid, sedangkan ketika Baginda s.a.w. sakit tenat sekalipun, Baginda s.a.w. dipapah oleh Sahabat r.a. untuk mengerjakannya. Ini menunjukkan betapa beratnya Baginda s.a.w. ingin menyatakan kepada ummatnya bahawa solat fardhu memang dilakukan secara berjemaah dan di masjid. Buka dan bacalah wahai sahabatku tentang sejarah bagaimana dalam kehidupan akhir baginda s.a.w. mengerjakan solat subuh dan pada ketika itu Rasulullah s.a.w. dalam keadaan yang sakit sekali. Malangnya kita buta sejarah .... buta sejarah tentang kehidupan Nabi kita.... walaupun kita mengaku sebagai umat nabi s.a.w. Tak malukah kita nanti bila memohon syafaat dari baginda di padang masyhar. Allah huakbar....

Hari ini ramai yang berfikir bahawa solat fardhu berjemaah bersama keluarga dan isteri adalah lebih baik sedangkan ini tidak ditunjukkan oleh Nabi SAW. Jika ada sekalipun, Nabi SAW berjemaah dengan isterinya, hanyalah dengan solat-solat sunat sahaja. Yang dimaksudkan dengan hadis nabi s.a.w. jangan dibiarkan rumah-rumah kita menjadi kubur ialah mengerjakan solat-solat sunat di rumah, bukannya solat yang fardhu. Jangan rujuk filem dalam tv. Si anu dengan si anu yang bukan muhrim bersolat dirumah dan bersalaman yang dijadikan contoh oleh orang kita. Itu namanya rujuk TV bukan rujuk hadis. Mudah sangat terpesong dengan budaya TV. Bila ustaz datang dari jauh nak mengajar, kita sibuk layan layan TV. Si isteri pun sama aje. Tak pernah bagi peransang pada si suami supaya tuntut ilmu. Buka lah mata wahai saudaraku sesama Islam. Syiar Islam harus ditegakkan.

Timbullah persoalan, "Adakah 27 gandaan pahala hanya dapat kepada si suami?" Sudah tentu tidak! Allah SWT Maha Adil. Segala pahala suami akan dapat pada isteri juga selagi mana si isteri taat kepada si suami (selagi bukan maksiat). Sebab itu, mana-mana isteri yang faham, maka akan disuruh si suami mengerjakan solat secara fardhu di masjid kerana bahagian kepadanya pun akan dapat.

Wahai saudaraku, sepatutnya kita patut rasa sedih dan pilu apabila melihat rumah-rumah Allah kosong dan lenggang (berbanding padang bola) . Rumah-rumah Allah perlu diisi dengan manusia dan ini menjadikan syiar Islam kukuh di muka dunia dengan orang-orang Islam bersatu berkumpul sehari 5 kali apabila masuknya waktu solat. Apabila ini berlaku, maka gentarlah orang-orang kafir. Seorang general Yahudi yang tersohor bernama Moshe Dayan juga pernah berkata...
"Jangan harap umat Islam akan dapat mengalahkan Yahudi selagi mana bilangan orang Islam yang bersolat Subuh di masjid-masjid sama dengan bilangan mereka yang bersolat Jumaat".

Artikel selanjutnya boleh dibaca di http://www.ismaweb.net/v2/Article233.html