Monday, August 11, 2008

SOLATKU

Sayup2 kedengaran dari jauh laungan azan subuh bergema di gegendang telinga ini. Suara siapa lah agaknyer yang mengagungkan Allah swt ? Terdetik dihati ini lalu bingkas bangun mempersiapkan diri menuju kerumah Allah. Sampainya aku disana, kelihatan anak kecil yg seawal usia 10thn dengan wajah tersenyum memberi salam. "Anak kecil inikah yang melaungkan azan?" bisik hatiku. Hebat ... hebat Allah anugerahkan kepadanya kekuatan untuk datang kerumah Allah dalam keadaan orang lain enak dibuai mimpi indah. Bagaimana anak kecil ini mendapat kekuatan sebegini utk hadir menjadi tetamu Allah sedangkan dimasa yang sama org2 yg dewasa seakan2 tidak merasai apa2 pada laungan azan ? Kuperhatikan sekian lama .... akhirnya anak ini sudah sebati dengan bangkitnya seawal jam 5 pagi. Solat tahajudnya ... zikirnya ... tangisnyer ....


Aku ? Kemana aku selama ini. Usia tinggal setengah lagi utk hidup (diambil usia nabi s.a.w wafat). Bangkit subuh ? Kirakan .... berapa kali aku bangkit subuh ? Berapa kali aku bersama2 imam mengangkat takbir sesudahnya ? Tidak malukah aku dengan anak2 kecil sebegini yg boleh hadir ke rumah Allah seawal jam 5:30 pagi ? Seharusnya aku malu dengan diri sendiri.



Fikirkan sejenak ... selama aku tinggal dibumi Allah berapa aku hadirkan diri utk solat berjemah selain solat jumaat. Berapa kali aku hadir kerumah Allah utk menuntut ilmu dan dgn ilmu aku ajarkan kpd seisi rumah (samada utk isteri, anak2)?

Sekadar mengingatkan ... kematian itu pasti. masanya sahaja belum ketahui, Entah esok ... entah lusa ... Apa persiapan yang telah aku lakukan utk bertemu dengan penciptaku ?

Org nak berkawin sudah merancang berbulan2 malahan bertahun. Duit hantarannya ... belanja kawinnyer dan lain2. Malahan baju pengantin sudah disiapkan 2 - 3 tahun sebelum majlisnya. Ada sesiapa yang sudah membeli kain kapannyer sendiri walaupun sudah mengetahui yg ia akan mati ? Ada sesiapa yg sudah menempa tanah kuburnya sendiri ?


Bukan itu yg dimaksudkan ... tapi berbalik kpd persoalan di atas. Tidak adakah di hati kita berdetik bila azan dilaungkan oleh seorang kanak2 yg berusia 10 tahun ? Tuli sudahkah telinga kita ? Tak malukah diri kita ? Kalau kanak2 seusia begitu boleh bangkit utk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan kita masih di atas katil ?

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa adalah lebih baik dituangkan timah yg mendidih ke dalam telinga org yg mendengar azan tetapi tidak menyertai jemaah.



Di dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa Allah s.w.t. menganugerahkan 5 kurnia atas seseorg yg menjaga solat iaitu :-


1. Rezekinya dipermudahkan
2. Dia diselamatkan dari azab kubur
3. Dia akan menerima buku catatannya dari tangan kanannya pada hari hisab
4. Dia akan melintasi titian "SIRATHAL MUSTAQIM" pantasnya seperti kilat dan
5. Dia masuk syurga tanpa hisab

Itulah 5 anugerah yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang menjaga solatnya iaitu sentia "ISTIQAMAH", bila masuk waktu solat dia terus solat. (maksud menjaga solat adalah solat di tmpt dimana azan dilaungkan, di awal waktu dan berjemaah).

Di samping lima anugerah ini, Allah juga memberi amaran kepada orang-orang yang melengah-lengahkan solat. Dia akan menerima "LIMA AZAB" di dunia ini. Tiga daripadanya di dalam kuburnya dan tiga lagi selepas kebangkitan kelak. Azab di dunia itu ialah :-

1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya
2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik
4. Doanya tidak dimakbulkan dan;
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.

Sementar itu azab yang akan diterimanya semasa dia hendak mati kelak adalah :-

1. Dia mati dengan keadaan aib
2. Dia mati dalam kelaparan dan;
3. Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.

Manakala tiga azab akan diterimannya di dalam kubur bagi orang yang melalaikan atau melengah-lengahkan solatnya adalah :-

1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur
2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam.

3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit. Sebelum dilepaskan, ular iatu akan bertempik seperti guruh berbunyi :-

"TUHANKU TELAH PERINTAHKAN AKU SUPAYA MEMUKUL KAMU KERANA KAMU MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI". Melengah-lengahkan solat ZUHUR sehingga solat ASAR. Melengah-lengahkan solat MAGHRIB hingga solat ISYAK dan melengah-lengahkan solat ISYAK hingga FAJAR, ular itu terus memukulnya hinggalah hari kiamat. Setiap kali puluk membenamkan sehingga 70 HASTA DALAMNYA.

Sementara itu azab yang akan diterima oleh mereka melengah-lengahkan solat selepas kebangkitan nanti ialah :-

1. Hisabnya terlalu berat
2. Allah murka terhadapnya dan;
3.
Dia dicampakan ke dalam api neraka.

Anas juga menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :-

"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".

Ya Allah kau jadikan aku hambamu yang kerap berulang alik ke rumahmu. Amin

Wednesday, August 6, 2008

NIKMAT YG TIDAK DIGUNAKAN SEBAIKNYA

Pada hari Sabtu yang lepas saya telah diperlihatkan dengan suatu kejadian yg sukar saya lupakan dlm hidup saya. Terasa diri saya ini sungguh kerdil dan hina.


Saya telah pergi ke sebuah masjid di Taman Keramat utk menunaikan solat Zohor. Saya sampai di masjid tersebut ketika azan sedang berkumandang. Saya terus ke paip air utk mengambil wuduk. Sedang saya mengambil wuduk, saya terlihat seorang hamba Allah sedang bersusah-payah datang ke masjid tersebut (untuk perhatian pembaca, jalan yg sedia ada utk sampai ke masjid tersebut tidaklah berapa elok). Dengan penuh keazaman hamba Allah ini menggagahi diri datang ke masjid utk solat berjemaah.Yang membuatkan saya terharu ialah ... hamba Allah tersebut bukanlah insan biasa seperti saya dan pembaca sekalian !!!


Kedua-dua kakinya lumpuh, tangan kirinya lemah dan tangan kanannya tidak lurus seperti kita! Dia menaiki kerusi roda tersebut sambil tangan kanannya memusingkan roda dan payung dikepit di antara leher dan bahu. Betapa susahnya untuk kita bayangkan keadaan beliau yang begitu pilu.


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!!! Lalu dia masuk ke mesjid untuk merebut saf pertama, bukan itu saja, setelah selesai sembahyang, hamba Allah tersebut merebut peluang untuk bersalaman dengan hampir kesemua jemaah yg hadir (lebih kurang 3 saf). Bayangkan betapa ikhlasnya hati beliau untuk bersalam mesra dengan jemaah yg hadir walupun keadaan beliau tidaklah sempurna seperti kita.


Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, apakah kita akan berkelakuan seperti hamba Allah tersebut jika kita berada dlm situasi beliau? Saya ni pun, baru demam sikit dah rasa malas nak sembahyang. berjemaah. Inikan pula dlm keadaan beliau.


Ketika itu saya rasakan bahawa diri saya sungguh hina lagi keji berbanding dengan hamba Allah tersebut. Cuba kita tanya diri kita sendiri, berapa kerap kita melakukan sembahyang berjemaah ketika kita sihat walafiat? Di dalam kubur nanti kita akan ditanya, ke manakah kita gunakan kaki kita? Apakah jawapan kita? Sedangkan hamba Allah yg "lumpuh" itu pun mengambil berat akan amalan yg dilakukan oleh kakinya walaupun tidak berfungsi seperti kita! Inikan kita pulak yg di kurniakan "nikmat" kaki. Renungkanlah, sejauh manakah perjalanan kita di dunia ini. Sebelum saya berundur, renungkanlah pepatah dibawah untuk kesejahteraan kita bersama...


APABILA KITA DILAHIRKAN KE DUNIA INI, KITA DI SAMBUT DENGAN AZAN! APABILA KITA MATI, KITA DISUDAHI DENGAN SEMBAHYANG!

BERAPA LAMA SANGAT JARAK DI ANTARA AZAN DENGAN SEMBAHYANG ITU...

Semoga Allah merahmati kita bersama.... Wassalam


Tuesday, August 5, 2008

ISLAM DATANG BERDAGANG DAN KEMBALI BERDAGANG

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan sekalian alam dan mengadakan sesuatu yang tiada kepada ada dan yang ada kepada tiada.

Dalam sibuk mengatur urusan dunia, aku mengambil kesempatan untuk menziarahi org tua di kg. Menjadi kebiasaan di masjid pada hujung minggu akan diadakan majlis ilmu selepas solat subuh. Alhamdulillah ... ramai org2 muda sudah menjadikan masjid sebagai pilihan utama di waktu2 sebegini (selainnya lebih gemar beradu diatas pembaringan, terasa rugi sesangat nak bangun pagi, nak buka mata... nak solat subuh jam 5:50 pagi ? alahai lagi rugi waktu tido. Nak tido puas2 tunggu esok2 kat dalam kubur ... tido la takder org nak ganggu).

AF Ust Pardon membuka kitab hadis 40. Kebetulan ust ni dia kenal dengan ayahku sejak di Sek. Men. Sultan Mohd Melaka lagi. Aku masih ingat lagi kata2nya dalam kuliah subuh waktu itu.

Islam datang berdagang dan kembali berdagang .....

Masih ingat dengan kisah Bilal Ibn Rabbah r.a. ? Hebat kan ? Salah seorg drp 10 sahabat yg dijamin syurga walaupun didunia lagi. Bilal ni ... bukan orang arab, dia ni orang negro (berkulit hitam) dah lah tu ... hamba pulak. Bak orang kata kalau dia buat betul sekalipun org lain akan kata salah sebabnya tak ada orang nak menyebelahi dia. Dah la tu pulak ... kenapa Bilal ni berani peluk Islam ? Lagi lah. Bilal tahu, tak ada siapa yang akan bantu dia kecuali Allah. Dia diseksa dengan hebat sekali (x terbayang seksaan org yg dijamin syurga ni, Ya Allah janganlah kau menduga kami dengan dugaan yang tidak termampu dan tertanggung oleh kami, biarlah dugaan itu sepadan dengan kemampuan kami). Tapi yang keluar dari mulut Bilal r.a. ialah "Ahad .... Ahad ... Ahad " (Allah Maha Esa .... Allah Maha Esa ... Allah Maha Esa). Zaman dahulu nak peluk Islam ... pasti akan diseksa sehinggala bila Islam mencapai kegemilangan.

Zaman sekarang pulak .... nak ajak kengkawan pi rumah Allah pun macam berdagang. "Jom la kita pi surau/masjid", "Ehhh jom .... malam ni ada kelas Fiqh la, Ust Rosli... jom la". Seumpama kita berjual beli di pasar. Ada tawar menawarnya. Allahhuakbar ...

Tidak ramai yang hadir untuk kelas pengajian ilmu. Yang datangp un org yg sama. Tu ajela ... 4 - 5 kerat. Yang lain nya mana ? Bos pun pernah kata .... orang-orang kat sini lagi sibuk dari saya ke ? Siang malam dia orang sibuk ehhh (faham-faham ajela maksud bos kita tu). Tu diaaaa ... klu bos yg besar tanggungjawabnya pun ada masa nak ke surau menuntut ilmu dan solat berjemaah, saya rasa tuan2 lagi sibuk dari bos (agaknyer le). Tapi takper .... kat dunia ... macam2 jawapan kita boleh beri, namun diakhirat .... ????

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Al-Zariyat 56. Itulah tanggungjawab kita sebenarnya diutuskan di dunia ini. Makna daripada ayat itu ialah bagaimana nak jadikan segala aktiviti hidup kita sebagai ibadat, 24 jam sebagai ibadat.

Memang kena beribadat sepanjang masa sebab kita di ciptakan hanya untuk beribadat. Yang ibadat memanglah ibadat.

Solat adalah ibadat dan ketika solat memang kita rasa sedang beribadat. Ketika berpuasa kita rasa sedang beribadat. Ketika menunaikan haji kita rasa sedang beribadat sebab haji adalah satu ibadat.

Penting sangat di sini ialah bagaimana segala aktiviti kita yang lain, sekali pandang tidak berwajah ibadat seperti makan, minum, berjalan, berhibur, bersukan dan segalanya mesti di‘adjust’ biar bertukar supaya mempunyai nilai ibadat sebab kita dicipta supaya beribadat.

Dalam Islam, syarat pertama untuk menjadi pekerja ibadat ialah kena jadi hamba Allah.

Apabila sudah menjadi hamba Allah barulah kita layak memegang jawatan sebagai khalifah. Khalifah bermaksud pemegang amanah atau apa sahaja tugas yang diamanah kan.

Hamba Allah ialah segala kerja berasaskan yang wajib mesti buat, yang haram mesti dijauhi.

Untuk menjadikan sebarang aktiviti sebagai ibadat ada enam syarat.

Pertama: ikhlas. Ikhlas ada dua makna buat kerana Allah dan satu lagi rasa bersama dengan Allah. Apabila rasa Allah bersama kita, di sinilah datang kualiti, tidak tipu, tiada curi tulang dan sebagainya.

Kedua: kerja yang dilakukan mestilah halal.

Ketiga: proses mendapatkan hasil mesti betul.

Keempat: dibuat dengan ‘itqan’ iaitu dengan bersungguh-sungguh dengan empat e iaitu ‘effort’ (usaha), ‘efektif’ (berkesan), ‘efficient’ (cekap) dan ‘etika’.

Kelima: kenalah ada prinsip beragama. Klu mesyuarat tu, mesyuarat juga, tetapi jangan sampai tidak mengerjakan solat. Kerja jangan sampai tidak tutup aurat dan sebagainya.

Keenam: jika ‘input’ (masukan) baik dan betul, maka cara menggunakan hasil usaha pun dengan cara yang betul.

Wallahualam ......

INIKAH KUALITI SOLAT KITA ?