Wednesday, September 10, 2008

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR BUATKU

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu siang ku sibuk berzikir
Tentu aku tidak akan jemu-jemu melagukan syair rindu
Mendayu.. merayu.. kepada-Nya Tuhan yang satu

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solat ku kerjakan di awal waktu
Solat yang ku kerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Jasad dan qalbu bersatu memperhambakan diri
Menghadap Rabbul Jalil… menangisi segala kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil a’lamin”
Sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku….
Ku serahkan hanya kepada Allah s.w.t. tuhan seru sekalian alam

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku sia-siakan waktu walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tidak akan aku biarkan berlalu begitu sahaja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang…. bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malam ku sibuk dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajjud
Mengadu… merintih.. meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
tapi… aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu”

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu diri ku tidak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita sama-sama meriahkan Ramadhan ini
Kita buru… kita cari… suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri… rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan… lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling berseri dan paling bererti
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju keredhaan serta kasih sayang-Mu Ya Illahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun….
Tidak ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha…. bersedia… meminta belas-Nya… .

Andai benar ini Ramadhan yang terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN DAN KETERLANJURAN YANG PERNAH DIRI INI LAKUKAN

“SALAM KASIH YAA RAMADHAN”

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan 2 zaman (awal zaman vs akhir zaman)

Ramadhan
Satu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur Al Quran
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dahaga

Wednesday, September 3, 2008

BAGAIMANA NABI S.A.W. MENYAMBUT RAMADHAN

Alhamdulillah, sekarang ni bulan Ramadhan, so kita citer skit tentang bulan yg mulia ini k.

Kengkawan smua tahu tak ... baginda Rasulullah s.a.w tidak berpuasa selagi baginda tidak nampak anak bulan Ramadhan dgn penglihatan (rukyah) yang yakin (pasti) dan baginda juga selalu meninjau2 anak bulan dan menyuruh para sahabat juga berbuat begitu.

Jika ada di antara sahabat yang beritahu Nabi s.a.w bahawa dia ternampak anak bulan Ramadhan , maka banginda menyuruh umat Islam berposa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :- "Berposala kamu jika nampak anak bulan dan berbuka (berhariraya) la kamu jika terlihatnya. Jika kamu diselubungi redup, maka cukupkanla bilangan hari atau kamu cukupkan bilangan bulan Syaban sebanyak 30 hari"
(H.R. Imam Al Bukhari, Muslim dan selainnya)
Kat sini pun cukuplah Rasulullah s.a.w. dengan seorg saksi. Dalam satu kisah ada seorg Arab dari pendalaman memberitahu Rasulullah s.a.w. bahawa dia ternampak anak bulan Ramadhan, maka Rasulullah s.a.w.pun menyuruh Saidina Bilal r.a. memberitahu org ramai supaya berpuasa
(berdasarkan Hadith At- tarmizi, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan selain mereka).

Sekarang ni dunia dah moden, dengan adanya kemajuan dlm dunia ICT, maka dengan kiraan hisab serta rukyah, kehadiran anak bulan sudah dapat dijangkakan. Persoalannya sekarang ialah tentang pengisian di bulan ini.

Rasulullah s.a.w. juga melarang umatnya menyambut Ramadhan dengan berposa sehari atau 2 hari sebelumnya sebagai sikap ihtiyaat (memelihara agama) dan ta'ammuq (memegangi agama secara teguh) seperti mana sabda baginda:- "Janganlah kamu mendahulukan Ramadhan dengan berposa sehari atau 2 hari melainkan jika telah berposa sebelumnya, maka hendaklah kamu meneruskan posa itu"
(H.R. Bukhari Muslim).

Kalau kita selalu berposa sunat Isnin & Khamis dan sebaginya; tiba2 antara hari tersebut terjatuh pulak Ramadhan maka tidakla mengapa jika kita meneruskan posa sunat tersebut. Nabi juga menegah kita berposa pd hari syak (samada 30 Syaban atau 1 Ramadhan) seperti mana Rasulullah s.a.w. bersabda :- "Sesiapa yg berposa pd hari yg diragui, maka seseungguhnya dia telah mendurhakai aku"
(HR Abu Daud dan At Tarmizi).

Ummu Al-Mukminin Aisyah r.a. pernah berkata:- "Tiadalah aku melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan posanya sebulan penuh kecuali di bulan Ramadhan dan tiada aku lihat beliau berposa lebih byk di bln2 lain kecuali Syaban".

Monday, September 1, 2008

RAMADHAN DATANG LAGI

Dari Salmân al-Fârisî r.a. ia berkata bahwa Rasulullah SAW di akhir bulan Sya`ban berkhutbah kepada kami, beliau bersabda, "Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1. 000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunnah (tathawwu`). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan bukaan (ifthâr) kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikitpun." Kemudian para Sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai bukaan orang yang berpuasa." Rasulullah SAW berkata, " Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan bukaan dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau sedikit susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka."
(HR Baihaqî)