Friday, October 24, 2008

FITNAH MEROSAKKAN UKHWAH SESAMA ISLAM

Alhamdulillah ... segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.

Walaupun blog ini aku khususkan untuk bab2 berkaitan solat namun post ini ada kaitan dengan amalan seharian kita.

Pada hari ini aku mendapat email yang memberi kesan dalam kehidupanku. Walaupun email tersebut nampak macam tiada apa2 (bagi org lain la agaknya), tetapi bagi aku, ia merupakan satu impak yg besar dalam diri ini. Memberi kesan yang mendalam pada sanubari ini.

Email yang dihantar kepada semua rakan2 sepejabat, berita yang tanpa diselidiki disebarkan tentang kebukuran aku dan keluargaku. Allahu Akhbar. Tak perlu aku paparkan email tersebut kat sini ... namun aku akan ingat sampai bila2. Keluargaku tidak dapat memaafkan si penyebar email tersebut, namun aku pula bukan jenis pendendam. Aku tetap memaafkan sipenyebar fitnah ini. Mudah2an Allah memberi petunjuk kepada beliau. Aku maklum bahawa aku bukanlah hamba Allah yang sebaik mana pun, namun aku tahu dosanya menyebar fitnah. Mudah2an post ini memberi keinsafan kepada kita semua.

Sama2 kita hayati post ini.

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu menceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.

Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

“Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.” (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.” (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada ken cingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya.”

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.”

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

“Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman.

“Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

“Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an-Nur: 11-20)

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)

Post ni aku pick up kat sini

Friday, October 10, 2008

KEMANA MENGHILANG ?

Alhamdulillah ... syukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di dunia ini lagi.

Masuk hari ini dah 4 hari aku bekerja. Ramai penghuni2 sudah pulang untuk mulakan tugas masing2. Klu tak silap aku, hampir kesemua penghuni dah balik dari berhari raya di kampung. Aku mula bertugas pada 07hb Okt selepas 9 hari bercuti raya. Hehehe. Best raya kat kg. Rasa malas aje nak keje ....!

Pada hari Isnin (6hb Okt) aku p ke surau, aku perhatikan tak ramai jemaah yang datang. Itupun selepas aku melaungkan azan. Dari maghrib (aku sampai rumah jam 6 ptg pd 6hb tu) sampai ke Isyak hanya 3 org aje yang solat di rumah Allah. Pada keesokkan harinya pun sama juga. Aku fikir mungkin penghuni penat berhari raya kot. Tak apela. Tapi sehingga aku tulis post ni pun rupanya tak ramai yang datang ke surau.

Mungkin latihan semasa Ramadhan dahulu tak dibawa ke Syawal. Alangkah ruginya kita. Dah practise sungguh2 dgn solat Isyak dan terawih secara berjemaah ... masuk saje Syawal latihan tersebut tidak digunakan. Masa Ramadhan dulu, para penghuni berlumba2 datang di awal pagi siap azan subuh lagi. Sekarang mana perginya ? Masa Zohor … tuhhhh dia …. Ramainyer …. Siap tadarus Al-Quran lagi. Masa Asar pun sama. Sekarang kemana menghilang ? Masa maghrib pun ramai kengkawan yang datang untuk berbuka posa, tapi masuk saje Syawal, dah mula sibuk dengan kartun doremon. Dulu masa Ramadhan, solat isyak dan Terawih hampir penuh satu saf (lebih kurang 50 jemaah), tapi sekarang nak dapat 4 -5 org pun payah. Sekarang ni pulak kalau subuh ….. dapat 2 orang pun dah kira baik.

Alangkah bagusnya kalau Allah ciptakan 12 bulan tu hanya bulan Ramadhan. Aku gembira pada bulan Ramadhan yang lalu kerana rumah Allah ramai pengunjungnya dan aku kembali sedih kembali kerana rumah Allah kembali kosong.

Jangan lupa program mulai 14hb Okt 2008.

Selasa mlm Rabu - Kuliah Maghrib oleh Ust Rosli (Kitab Fekah Mazhab Syafie)
Rabu selepas Asar - Talaqi Al-Quran bersama Ust Ali Badri Al-Hafiz
Rabu mlm Khamis - Kuliah Magrib oleh Ust Yusnizan (Sirah Nabi)
Khamis mlm Jumaat - Yassin dan Tahlil.

Wahai para sahabatku ... jom la kita imarahkan rumah Allah kita.

Jom .. pakat2 kita p surau/masjid.

Tuesday, October 7, 2008

SALAM EIDUL FITRI

Alhamdulillah ... kini baru aku berkesempatan untuk menulis dlm blog cinta abadi setelah pulang dari bercuti raya dan seterusnya menyelesaikan kerja2 dunia yang bertimbun2. Biasalah kalau keje2 dunia nie … sampai bila2 pun tak abis (tu pepatah mak aku).
Sebenarnya ada dua perkara yang nak aku kongsikan bersama pembaca.

1. Kisah semasa aku bercuti berhari raya di kg.

Aku perhatikan setiap kali aku menunaikan solat fardhu bersama org tuaku di masjid Klebang Besar, Melaka .... ada seorang lelaki yang ... nak kata camner ehhh. Terus terang aje aku katakan bahwa lelaki tu kurang skittttt akalnyer. Umurnya sekitar 40an. Nak kata gila bukan gila. Tapi perangainya macam budak2. Cam tu r lebih kurang. Kira cam terancat akal lah. Bukan niat aku menghina dia, cuma nak story kat pembaca aje.

Yang bagusnya setiap kali solat fardhu dia akan turut serta berjemaah. Aku suspen juga sebab ada sekali tu dia solat kat sebelah aku. Kau org faham le klu org terencat akal sembahyang. Dia pandang kira kanan, dia garu sana ... dia garu sini. Tapi selepas selesai solat baru aku tahu yang dia ni tak ganggu jemaah yang solat. Dan kedatangannya ke rumah Allah juga disenangi oleh para jemaah yang lain. Ini bermaksud bahwa dia tak ganggu jemaah semasa solat. Dan dia ni pulak solat sampai bagi salam. Sebab tu la para jemaah tak menghalang dia untuk turut bersolat.

Aku terfikir sekejap. Hebatnya Allah .... Allah tidak pernah memilih sesiapa untuk menjadi tetamu Allah. Samada orang tu siuman atau tidak siuman. Yang dalam citer aku ni .... betul la bro tu terencat akal, tapi hubungan dia dengan Allah lebih baik daripada orang yang sihat dan siuman seperti aku ini. Disebalik kekurangan dirinya terdapat kelebihan iman berbanding dengan orang yang akalnya sihat tapi imannya kurang siuman. Yang lebih hebat lagi ... tiap kali solat subuh pun dia ada. Kalau aku ???? Ntah la .... mungkin aku akan mengadu pada Allah bahwa aku kurang siuman dan ilmu fardhu kifayah aku tak tahu (ye la sbb org kurang siuman takkan nak p kuliah agama untuk tuntut ilmu dan solat jemaah).

2. Kisah kedua aku nak story kat pembaca

Semasa aku berhari raya kat rumah makcik aku, aku singgah sat kat surau taman dia utk solat zohor. Selesai aje aku solat bersama jemaah kat taman itu ... aku pun ronda2 kat dalam surau tu sambil membaca artikel dan aktiviti surau sambil menunggu ayahku. Ada satu keratan akhbar yang menarik perhatian ku. nak tahu aper dia ? Hah ni dia ....









Serban Rasulullah s.a.w.










Bentuk kopiahnya melonjong .... bukti ketelitian ulama Hadis di Urbezkistan














Serban, jubah dan tongkat Nabi Muhammad s.a.w.























P
etikan dari artikel

Inilah pandangan dari depan serban yang pernah dipakai oleh Rasulullah s.a.w. 1400 tahun dahulu. Kain serbannya yang berwarna hijau tua sudah terlalu lusuh dan lilitannya pada kopiah sudah longgar (ekor serban tidak kelihatan dalam gambar).


Bentuk kopiah yang dipakai oleh Rasulullah s.a.w. ini (melonjong atau menajam ke atas) dipakai sejak turun temurun oleh ulama-ulama dibumi Ma Wara Un Nahar iaitu di Urbezkistan yang termasuk dalam wilayah Khurasan.

Hingga kini kopiah jenis ini mudah didapati di sana dan tidak di tempat-tempat lain. Di sanalah tanah kelahiran dan tempat bergelanggang ulama-ulama Hadis yang terkenal dalam sejarah seperti Imam Bukhari dan Imam Termizi. Ini membuktikan bahawa ulama-ulama itu sangat teliti dalam mengambil, menganalisa, dan mengamalkan Hadis sehingga bentuk kopiahpun mereka meniru kopiah Rasulullah s.a.w.

Serban Rasulullah s.a.w. ini masih tersimpan elok di atas makam baginda di Madinah Al Munawarrah, tetapi tidak boleh dipamerkan kepada umum oleh pihak berkuasa Haramain.

Tak tahu la klu pembaca dah tengok dan baca artikel ni. Mudah2 menjadi dorongan kepada kita utk mengamalkan sunah yang ditinggal oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam baki2 kehidupan kita di dunia ni.


Wassalam.

Wednesday, October 1, 2008

TANGAN DIHULUR AMPUN DIPOHON - SHR

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Mudah2an kita bertemu lagi Ramadhan 1430H. InsyaAllah.
Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini, kupohonkan keampunan dari kalian.