Dari segi syarak maksud rukun yg ke-7 ialah menyentuhkan dahi ketika bersolat ke tempat sujudnya.
Firman Allah swt: Rukuk dan sujudlah kamu (Al-Haj:77)
Sabda Rasulullah s.a.w. kpd seorg lelaki yg tidak sempurna solatnya : "Kemudian sujudlah kamu sehingga kamu sujud dalam keadaan bertoma'ninah kemudian angkat (kepala kamu) sehingga kamu dalam keadaan bertoma'ninah, kemudian sujud hingga kamu sujud dalam keadaan bertoma'ninah."
Kita tengok pula syarat2 sujud
- Dahi mestilah terbuka (tidak berlapik/tertutup) ketika meletakkan di tmpt sujud;
- Sujud disertakan dgn 7 anggota seperti mana Sabda Nabi s.a.w. "Aku diperintahkan supaya sujud di atas 7 tulang (anggota), di atas dahi sambil menisyaratkan dengan tangannya ke arah hidungnya, kedua2 tangan (tapaknya), kedua2 lutut dan hujung jari kedua2 kaki".
- Punggung hendaklah terangkat - melebihi bhgn yg paling atas yakni kepala, sekadar termampu krn mengikut perbuatan Rasululla s.a.w.;
- Pastikan tidak sujud di atas pakaian yang bergerak mengikut pergerakan kita;
- Pastikan berniat utk sujud dan kerana yg lain spt takut, mengelak sesuatu dsb;
- Pastikan dahi ditekan ke tempat sujud (memberi tekanan yg nyata). Jika contohnya disujud di atas kapas atau kain, nescaya nampak bekas atau kesan sujud tadi; dan
- Berada dalam keadan toma'ninah ketika sujud sekurang2nya sekadar mengucap tasbih.
No comments:
Post a Comment