Ku mulakan post ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Sedikit renungan untuk kita fahami mengenai sejarah solat berjemaah.
Nabi s.a.w. mendirikan solat secara berjemaah selepas berhijrah ke Madinah. Selama 13 tahun baginda tinggal di Makkah dalam keadaan solat tidak berjemaah kerana berada dalam keadaan tertekan dengan pihak kafir Quraish. Nabi s.a.w. dan sahabat hanya solat secara bersendirian di rumah2 mereka. Apabila Baginda s.a.w. berpindah ke Madinah, barulah Baginda s.a.w. mendirikan solat secara berjemaah dan terang2an serta Baginda melakukan secara berterusan tanpa meninggalkannya hingga ke akhir hidup Baginda s.a.w.
Hukum Solat Berjemaah
Pendapat yang sahih (kecuali solat Jumaat) adalah fardhu kifayah. Oleh itu kefardhuan tersebut tidak akan terlepas daripada penduduk sesebuah pekan (Ahlul Baldah) melainkan ada sekumpulan manusia mendirikannya dengan jelas. Sekiranya ia tidak dididrikan sama sekali atau didirikan dalam keadaan bersembunyi, maka seluruh penduduk di kawasan tersebut berdosa dan pemerintah wajib memerangi mereka. (Rujukan Kitab Fikah Mazhab Syafie bertajuk Menghuraikan Bab Bersuci dan Solat m/s 181).
"Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh) dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjemaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina" (Surah An-Nisa: Ayat 102).
Ayat di atas menunjukkan bahawa semasa dalam perang sekalipun diperintah Allah untuk solat berjemaah apatah lagi jika keadaan aman dan damai ia adalah lebih aula (utama). Malanglah kita meringan-ringankan solat berjemaah di masjid, sedangkan ketika Baginda s.a.w. sakit tenat sekalipun, Baginda s.a.w. dipapah oleh Sahabat r.a. untuk mengerjakannya. Ini menunjukkan betapa beratnya Baginda s.a.w. ingin menyatakan kepada ummatnya bahawa solat fardhu memang dilakukan secara berjemaah dan di masjid. Buka dan bacalah wahai sahabatku tentang sejarah bagaimana dalam kehidupan akhir baginda s.a.w. mengerjakan solat subuh dan pada ketika itu Rasulullah s.a.w. dalam keadaan yang sakit sekali. Malangnya kita buta sejarah .... buta sejarah tentang kehidupan Nabi kita.... walaupun kita mengaku sebagai umat nabi s.a.w. Tak malukah kita nanti bila memohon syafaat dari baginda di padang masyhar. Allah huakbar....
Hari ini ramai yang berfikir bahawa solat fardhu berjemaah bersama keluarga dan isteri adalah lebih baik sedangkan ini tidak ditunjukkan oleh Nabi SAW. Jika ada sekalipun, Nabi SAW berjemaah dengan isterinya, hanyalah dengan solat-solat sunat sahaja. Yang dimaksudkan dengan hadis nabi s.a.w. jangan dibiarkan rumah-rumah kita menjadi kubur ialah mengerjakan solat-solat sunat di rumah, bukannya solat yang fardhu. Jangan rujuk filem dalam tv. Si anu dengan si anu yang bukan muhrim bersolat dirumah dan bersalaman yang dijadikan contoh oleh orang kita. Itu namanya rujuk TV bukan rujuk hadis. Mudah sangat terpesong dengan budaya TV. Bila ustaz datang dari jauh nak mengajar, kita sibuk layan layan TV. Si isteri pun sama aje. Tak pernah bagi peransang pada si suami supaya tuntut ilmu. Buka lah mata wahai saudaraku sesama Islam. Syiar Islam harus ditegakkan.
Timbullah persoalan, "Adakah 27 gandaan pahala hanya dapat kepada si suami?" Sudah tentu tidak! Allah SWT Maha Adil. Segala pahala suami akan dapat pada isteri juga selagi mana si isteri taat kepada si suami (selagi bukan maksiat). Sebab itu, mana-mana isteri yang faham, maka akan disuruh si suami mengerjakan solat secara fardhu di masjid kerana bahagian kepadanya pun akan dapat.
Wahai saudaraku, sepatutnya kita patut rasa sedih dan pilu apabila melihat rumah-rumah Allah kosong dan lenggang (berbanding padang bola) . Rumah-rumah Allah perlu diisi dengan manusia dan ini menjadikan syiar Islam kukuh di muka dunia dengan orang-orang Islam bersatu berkumpul sehari 5 kali apabila masuknya waktu solat. Apabila ini berlaku, maka gentarlah orang-orang kafir. Seorang general Yahudi yang tersohor bernama Moshe Dayan juga pernah berkata... "Jangan harap umat Islam akan dapat mengalahkan Yahudi selagi mana bilangan orang Islam yang bersolat Subuh di masjid-masjid sama dengan bilangan mereka yang bersolat Jumaat".
Artikel selanjutnya boleh dibaca di http://www.ismaweb.net/v2/Article233.html
No comments:
Post a Comment