Sunday, November 30, 2008

MEMBACA FATIHAH


Bacaan Fatihah adalah merupakan rukun bagi setiap rakaat untuk semua jenis solat seperti mana dalilnya "Tidak sah sembahyang sesiapa yang tidak membaca surah Al-Fatihah".

Mengikut Imam Syafie rah. Basmalah adalah satu ayat daripada Al-Fatihah. Ini berdasarkan apa yg diriwayatkan oleh Khuzaimah dgn sanad yg sahih drp Ummu Salamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. mengira Bismillahir Rahmanir Rahim sebagai satu ayat drpdnya. Oleh itu tidak sah bacaan Fatihah
itu tanpa dimulai dgn

Syarat2 sah bacaan Fatihah
  1. Pembaca mesti mendengar bacaannya sendiri (jika mempunyai pendengaran yg normal)
  2. Dibaca dgn tertib (mengikut susunan ayat di dlm Al-Quran) disertakan dgn sebutan yg betul (makhraj - tempat keluar huruf dan yg bertashdid - bersabdu).
  3. Melafazkan tanpa mengubah makna bacaan.
  4. Dibaca dlm bahasa arab
  5. Dibaca dan disempurnakan dlm keadaan berdiri. Sekiranya kita rukuk sblm menghabiskan bacaan Fatihah, maka bacaan itu batal dan wajib diulangi semula.
Nota tambahan
  • Sekiranya seseorg tidak mampu membaca Fatihah disebabkan dia bukan org Arab atau sebagainya, maka dia boleh membaca 7 ayat Al-Quran yang lain yg dihafal utk menggantikannya.
  • Sekiranya seseorg itu tidak menghafal apa2 pun ayat Al-Quran, maka hendaklah digantikan dgn zikir kpd Allah sepanjang bacaan fatihah.

2 comments:

Muhammad Muhaimin Mohamad said...

Assalamualaikum.. Bro, trime kasih diatas blog yg amat bermakna ni..tapi sy ade kemusykilan skit ar...psal bace Bismillah sblom Fatihah dlm solat, bnyak umat Islam di negara lain selain Mlysia yg baca Alfatihah tanpa Bismillah dlm solat mereka...n salah satu reason yg sy dengar adalah mengikut mazhab lain(sy xingat mazhab mane), ayat yg ke-7 dlm Alfatihah ialah "walad dolliin" diakhir Fatihah...Wallahua'lam...n lagi satu, andai saudara xkeberatan, saya minta link atau ape2 rujukan yg mnjelaskn dgn lbeyh detail(klu blh berserta dalil) tntang kemudahan mmbaca 7 ayat dlm surah lain jika xhafal Fatihah...hanya untuk tahu n beramal dgn lbeyh kepastian...Trime kasih bro....

adira said...

Wa'alaikumusalam...wbt tuan.

Terima kasih di atas persoalan saudara. Untuk makluman tuan, saya bukanlah seorang ust atau guru agama. Tuan boleh merujuk kepada org alim secara detail.

Untuk makluman tuan, seperti yang dinyatakan di dalam post tersebut(berpandukan penduduk Malaysia berpegang kepada Mazhab Syafie) umat Islam dinegara lain berpegang kepada ikutan mazhab mereka masing2. Ini bukan soal siapa betul atau siapa salah. Masing2 mempunyai dalil mereka sendiri. Tuan boleh merujuk mengenai mazhab dengan ust yang lebih arif.

Mengikut Imam Syafie rah. Basmalah adalah satu ayat daripada Al-Fatihah. Jadi bagi yang berpegang kepada Mazhab Syafie itulah caranya.

Berkenaan menggantikan Al Fatihah dengan bacaan telah saya jelaskan di dalam post yang sama, namun individu tersebut wajib menuntut ilmu untuk meplajari dan mengahafal surah Al Fatihah (tidak bermaksud sampai bila2 dia boleh baca ayat lain atau sekadar zikir sahaja).

Tuan boleh merujuk dengan lebih lanjut di dalam kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid I - Bab Bersuci dan Solat.

Wallahualam.