Monday, November 24, 2008

BERDIRI KETIKA SEMBAHYANG FARDHU (BAGI YANG BERKUASA)

Imran bin Husain r.a. meriwayatkan:- Aku mempunyai penyakit buasir (sejenis penyakit di bahagian dubur) lalu bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan sembahyang. Sabda Rasulullah s.a.w: sembahyanglah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya tidak mampu, maka dalam keadaan duduk, sekiranya tidak mampu, maka di atas lambung (kanan) (mengiring di atas tulung rusuk sebelah kanan).

Berdiri boleh dianggap jika seseorang berada dalam keadaan tegak. Sekiranya seseorang membongkok dan tapak tangannya boleh menyentuh lututnya tanpa uzur, maka sembahyangnya boleh batal, kerana rukun berdiri sudah tidak ada lagi dalam sembahyangnya.Kalau kita tidak mampu berdiri keseluruhan dalam sembahyang, maka hendaklah ikita berusaha untuk berdiri setakat mana yang mana yang kita mampu dan sebahagian lagi duduk pada yang tidak mampu.

Dengan menyebut perkataan "Sembahyang Fardhu" maka bagi sembahyang sunat adalah disunatkan secara mutlak. Oleh itu harus baginya sembahyang dalam keadaan duduk samada ketika mampu berdiri atau tidak seperti mana diriwayatkan oleh Nabi s.a.w. "Sesiapa yang sembahyang dalam keadaan berdiri, maka itu adalah lebih afdhal. Sesiapa yang sembahyang duduk, maka baginya separuh daripada pahala orang yang berdiri. Dan barangsiapa yang sembahyang di dalam keadaan tidur (mengiring) maka baginya separuh daripada pahala orang yang duduk".

No comments: