Thursday, August 28, 2008

PERISTIWA DI SEBALIK SOLAT

Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran kpd Allah swt yg telah menjadikan aku seorang manusia di dalam umat Nabi Muhammad s.a.w. dan org yg beriman.

Haiiii ... sekejap aje masa berlalu ... baru rasanya nak belajar posa di bln Rejab ... dah masuk Syaban ... posa sunat Isnin Khamis ... ni dah nak masuk bln Ramadan. Begitu pantas masa berlalu tanpa disedari. Tetapi yakinlah bahawa tarikh kita diperlihatkan Allah swt kpd malaikat Maut semakin hampir. Entah esok entah lusa ... wallahualam. Dalam persiapan kita nak menyambut bulan kerahmatan ini, terkenang aku satu kisah yg berlaku 2... 3 tahun lepas.

Kebetulan berhujung minggu aku mengambil peluang utk cuti di kg. Kebiasaannya aku akan berjemah dgn org tua ku di Masjid klebang Besar, Melaka. Pada hari tu, abahku berada di saf pertama dan aku berada di saf kedua dan berada agak jauh sedikit drpd abahku (perbezaan jarak lebih kurang 2 org jemaah disebelah kanan aku). Memang kebiasaan org di sini akan bersalaman org bersebelahan, dpn dan belakang sesudah memberi salam (maksudnya 2 kali bersalaman dan salam sekali lagi bila dah selesai doa). Abahku yg berada dihadapan menoleh kebelakang dan bersalaman dgn makmum di saf yg aku berada. Lalu dihulurkan tangannya kpdku dan pd masa itu aku duduk dlm keadaan tahayat akhir maka aku tak dapat mencium tgn abah. Klu pd masa itu aku tarik sedikit tgn abah baru aku dpt cium tgnnya tetapi tgn abah akan terasa sakit (kerana ditarik). So aku fikir ... takper lah .. nanti sakit pulak dia. Saf duduk rapat2 jadi aku pun terhimpit ketika itu.

Kemudian citer ni abis kat situ. Aku tak ambil pusing sgt dgn peristiwa ini.

Sekali lagi aku balik ke kg selepas sebulan dari kejadian ini dan niat utk ziarah kwn. Bagus orgnya dlm usaha menghidupkan suasana agama. Aktif sungguh. Aku namakan dia sbgi Ust Ali. So aku kesana ditemani dgn sahabat yg lain. Selepas bertanya khabar dan usaha agama, aku ditanyanya. "Ente ingat lagi tak kejadian bulan lepas yg ente x cium tgn abah ente?". "Ye, ana ingat, knp ust" kata ku. "Rugi benar seorg anak x cium tgn ibubapa" katanya. "Masa tu ust ... ana terhimpit lagipun klu ana tarik tgn abah ana ... mungkin dia sakit" kataku membela diri (hehehe ... bela diri kunun). "Sepatutnya waktu ibubapa kita ada la kita kena selalu peluk cium mereka. Ente tgk ana ni, ibubapa ana sudah tiada, ana terasa rugi tidak dapat peluk cium mereka, ana mohon kpd Allah ... jika terdapat pahala di atas amalan yg ana kerjakan sepanjang kehidupan didunia ini, ana sedekahkan kpd keduanya ... dan klu tiada ... ana pohon agar dosa2 mereka ana yg tanggung" balas Ust Ali.

Mendengar kata2 Ust Ali itu, terasa nak runtuh jantung ku. Ya Allah ... kau rahmati la kedua ibu bapaku ..... kau peliharalah keduanya sebagaimana mereka telah memelihara aku dari kecil hingga dewasa. Aku ucapkan terima kasih kpd Ust Ali krn mengingatkan aku, lantas aku pulang dan peluk keduanya. Mama dan abahku terasa len macam aje. "Hei .. knp ni ? Semacam aje" kata mama ku. "Tak de pe ma ... cuma rindu sesgt kat mama dan abah." aku cuba berdalih. Semenjak dari itu setiap kali aku balik kg aku akan peluk cium mereka sepuasnya dan aku doakan mereka. Aku juga bermohon kpd Allah sekiranya diterima doa daripada anak yg soleh ... aku sedekahkan semua pahalaku kpd mereka dan aku tanggung dosa2 mereka.

Dari anakmu


Kata Abdullah ibn Masúd r.a. Äda sekali kutanya Rasulullah s.a.w. 'amalan (manusia) yg manakah yg paling diredai Allah s.w.t?". Jawab Baginda s.a.w , "Solat". Kemudian kutanya, "Yang mana pula selepas itu (mengikut susunan keredhaan)?" jawab Baginda s.a.w., "Menghormati dua org ibubapa. "Kutanya lagi , "Selepasnya Ya Rasulullah apa lagi?". Jawab baginda "Jihad".

Tuesday, August 26, 2008

WUDHU BATIN DAN SOLAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air." "Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu:-

* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham makna nya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun"

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama.

Monday, August 25, 2008

KEKUATAN SUAMI DORONGAN ISTERI


BERCINTA .... mmg seronok. Dunia ni bagai ana yg punyer. Kau org pernah bercinta tak ? Yg dah pengalaman tu mesti anguk2 punyer. Best tak ? Sure best punyer. Mana lagi best cinta sebelum atau selepas mendirikan rumahtangga ? Hehehe ... aku tanyer ... kau org jwb (soklan ni bagi org dah kawin aje).

Org kata ... masa bercinta ni semuanyer indah. Kentut pun wangi aje baunyer (tu le sbb bila dah kawin, kentut bersepah2 ... paling tidak pun cari muka bini utk lepaskan ..... kah kah kah). Org bercinta sebelum berumahtangga ... cintanya hanya utk dunia sahaja. Klu kuar date tu ... terasa rugi klu p solat. Solat zohor 4 rakaat tu terasa lamanyer awek kena tunggu kat luar. Klu bole nak ringkaskan jadi 2 rakaat aje. Lepas salam terus terpa awek kat luar yg sedang menunggu rugi klu zikir lama2 doa pun lama2.
Awek pun cakap dlm hati ... rajin juga balak aku ni solat, bole jadi suami yang soleh ni!!! Nak zikir dan doa lama2 mn bole, dosa pun buat pahala pun buat. Bercampur aduk keduanya. Tu kira nasib baik, klu idak dari subuh sampai isyak pun tak p solat. Dua ... dua uzur. Rasanya sekejap aje masa berlalu klu bercinta. Klu bawa kerete rasanya sekejap aje dah sampai ke rumah awek, jalan jem pun x per. Betul tak ? Tu senyum2 tu mesti betul tu kan ..... kan .... kan.

Berterusan bercinta selepas mendirikan rumah tangga ataupun bercinta selepas kawin pulak ... ada 2 kategori. Pertama, cinta pasangan masing2 kat dunia aje dan kedua cintanya ... dunia akhirat. Cuba kita semak pasangan kita (bagi yg dah berkawin). Isteri cuba tanyer suami, dia sayang awak dunia sahaja atau dunia akhirat ? Jawapan yg diberi suami tu... awak pun boleh tahu samada dia sayang awak camner. Ada suami yg inginkan isterinya menjadi ketua bidadari di Syurga. Nak tahu jawapannya .... ikuti la perbualan aku dgn ke2 org tua ku.

"Ma, abah sayang mama kat dunia aje atau sayang dunia akhirat?' saya bertanya dgn mama semasa bersarapan pagi dihujung minggu.
"Dah tentulah abah ko syg ma dunia dan akhirat" jwbnya ringkas.
"Abah camner lak" aku beralih ke arah abah dan abah mengganguk tanda benar.
"Apa yg menyebabkan ma rasa abah sayang mama dunia dan akhirat?" tanya ku pada mama yg sedang menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.
"Kenapa ko byk tanyer ni? dah ader calon ke ?" tanyer mama kpd ku.
"Tak der la, cuma nak tahu aje, manala tahu esok2 bole jadikan panduan" kataku sambil tersengih. Aku yg bertanya .... akhirnya soklan favorite terkeluar dari mulut mama.
"Long (panggilan mama utk ku, kebetulan aku anak yg tua) klu kita dah berumahtangga, kita kena sayang isteri dunia dan akhirat, spt mn abah ko lakukan pada mama".
"Abah ko seringkali mengingati mama akan waktu solat, dan peringatkan mama utk dirikan solat di awal waktu, sehinggakan ia menjadi sebati dalam kehidupan ma".
"Pernah ko lihat abah ko solat kat rumah?" tanyer mama kpd ku.
Aku menggelengkan kepala.
"Semenjak umo ko brp dah mula solat berjemaah?" tanya mama kpdku.
"Kalau tak silap 6 atau 7 thn" jwb ku.
Pernah suatu ketika dulu aku bagitau mama ... aku solat subuh 3 rakaat. Terkejut mama aku. Rupanya itulah kali pertama aku solat subuh di pagi jumaat yg mn imam membaca surah As-Sajadah. So ... berlaku la sujud sajada kat situ. Hehehe. Ko org penah solat subuh pagi Jumaat secara berjemaah ? Masa tu umur aku sekitar 6 ..7 thn.


So balik semula kat perbualan aku dgn mama tadi.

"Semenjak dari umo 7 tahun abah ko dah ajar ko solat berjemaah kat masjid, begitu juga dgn majlis2 ilmu, abah ko akan usung ko kehulu kehilir utk mengikuti pengajian tersebut".
"Adik ko pun sama juga, alhamdulillah atas didikan agama dan dorongan, keluarga kita bahagia sampai sekarang" kata mama.
"Setiap kali nak masuk waktu, mama ko akan peringatkan abah .... abahnyer zohor dah nak masuk ni" sampuk abah sambil mengejek cara mama.
"Oh camtu ehhhh" aku mengangguk.

Rupa2nya kekuatan suami disokong isteri. Si isteri kena peringatkan suami bila masuk waktu, tak kira samada dgr azan atau tidak. Sesekali isteri test suami, "Yang, dah azan tu, cian muazzin tu .... dia azan, dia qamat dan dia juga imam yg, u temankan dia solat berjemaah yer. Dapat juga I pahala klu u p solat jemaah". Hah tgk .... klu suami terus ikut cakap isteri maknanyer dia sayang la tu. Klu dia kata ... ala len kali aje la ..... hehehe faham2 aje la. Atau info kat suami ... "yg .. kat surau mlm ni ada majlis ilmu, dgrnyer ust rosli yg ngajo, kelas fekah, yg pegila ... pas tu ajarkan pada saya yer". Klu dia terus capai kopiah dan p surau ... maknanyer dia syg sungguh2 kat isteri. Sbb sesuatu yg baik tu akan diganjari dgn pahala.

Tapi sayang 1000 x sayang. Ingat mengingati di antara satu sama lain, suami dan isteri sudah x der dlm keharmonian rumahtangga. Yg terbaliknya pulak, si isteri mengajak si suami solat berjemaah kat rumah dgn anak2. Mana punyer ikutan ni. Cuba cari mana2 hadith yg mengatakan Nabi s.a.w solat berjemaah dgn Aisyah r.a. ke, atau mn2 isteri Nabi s.a.w. Klu ada tolong bagitau kat saya. Klu semua sekali solat kat rumah masing2 siapa pulak nak p azan, nak solat kat surau atau masjid. Camner fardhu kifayah nak tertunai klu semua yg dah kawin solat dgn isteri dan anak2 kat rumah. Ishhh ... ishhh ... ishhhh. Cuba tgk salah satu perbandingan mencari imam, kan lebih baik imam yg sudah berumahtangga berbanding yg bujang (setelah diambil beberapa faktor yang lain).

Firman Allah dalam surah Al-Tahrim ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka”

Surah Ibrahim ayat 40:

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga". Riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Barangsiapa yang keluar (dari rumahnya) bagi tujuan menuntut ilmu (yang baik) maka sesungguhnya ia berada di jalan Allah sehinggalah ia kembali".

Wallahulam.

Friday, August 22, 2008

DUNIA YANG MELALAIKAN

Assalamualaikum...wbt dan salam sejahtera

Allahhuakbar ... dalam sedar tak sedar dah nak masuk Ramadhan dah. Sekejap aje masa berlalu, Rejab .. Syaban dan sekarang dah nak masuk Ramadhan (kebetulan posting ni aku edit pada 21 Syaban 1429H). Dalam sedar atau tidak sedar juga tarikh untuk kita bertemu dengan Allah s.w.t. juga semakin hampir. Banyak mana lah amal ibadat kita untuk kita bawa bertemu dengan Pencipta kita ? Agak-agaknye banyak tak ? Hehehe ... Aku ? Aku akui ... aku ni tak banyak mana yang aku korbankan untuk agama Allah nie. teringat aku dengan lagu Iktiraf (Raihan) "Wahai Tuhan, ku tak layak ke SyurgaMU, namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu, ampunkan dosaku terima la taubatku, sesungguhnya Engkaula pengampun dosa2 besar".

Dari ust2 yang aku belajar memberi tahu bahawa soalan pertama yang akan ditanya oleh Allah di padang Mashyar nanti ialah tentang solat. Bagaimana dengan solat yang kita kerjakan di dunia ini ?
Pertama :- adakah solat yang kita lakukan seperti mana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w ?
Kedua :- adakah solat yang kita kerjakan bersendirian atau berjemaah seperti mana yang dituntut dalam agama ?
Ketiga :- adakah solat yang kita lakukan di awal waktu atau sebaliknya ?
Keempat :- adakah solat dilaksanakan di mana tempat di azankan ?

Jawapan pertama sila ke sini

Jawapan kedua
Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Daku ingin supaya dapat kusuruh budak-budak untuk mengumpul kayu api banyak-banyak untukku dan kemudian akan kupergi dari rumah ke rumah orang2 yang solat di rumah masing2 tanpa sesuatu uzur dan membakarnya."

Bayangkanlah bagaimana Rasululluh s.a.w yang amat kasih serta sayang kepada umatnya dan sangat berdukacita bila kita berada dalam kesusahan merasakan kemarahan hingga Rasulullah s.a.w bersedia untuk membakar rumah-rumah org yg bersolat dirumah masing2. Adakah kita ingin mencabar Rasulullah setelah kita tahu baginda Rasulullah s.a.w. sudah tiada (secara fizikalnya). Memanglah kita menafikan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. kerana dengan sengaja kita meninggalkan sunah baginda.

Salah satu kelebihan solat berjemaah tetapi ramai di antara kita rugi seruginya;
Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seseorg yg selalu solat dengan berjemaah selama 40 hari tanpa ketinggalan takbir yg pertama mendapat dua jaminan iaitu dia tidak akan dimasukkan ke dalam Neraka dan bebas drpd sifat munafik".

Kan kita tahu bahawa kelebihan solat berjemaah ni 27 kali ganda, tetapi mengapa ramai di antara yang tidak berusaha untuk mendapatkannya ??? Pelik kan !!!

Jawapan ketiga
Rasulullah s.a.w. adalah diberitakan sebagai bersabda. "Segerakan solat apabila cuaca mendung (agar jangan anda tersilap dan terlepas waktunya yang bertul) kerana meninggalkan solat menjadi kafir."

Ali r.a. melapurkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jangan melengah-lengahkan 3 perkara:
1. solat - apabila telah masuk waktunya;
2. perkebumian mayat - apabila jenazah sudah siap dan
3. perkahwinan seorg wanita bujangan - apabila jodohnya sudah didapati."

Jawapan keempat
Abdullah bin Masúd r.a. menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Masjid2 adalah rumah Allah dan org2 yg pergike Masjid adalah tetamuNya. Apabila semua org melayani tetamu2nya dgn baik, mengapa pula Allah tidak akan bermurah hati pada tetamuNya?'.

Abu Saíd Al-Khudri r.a. menceritkana bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah mengasihi org yg sentiasa berdamping dengan Masjid".

Utk peringatan diriku yg sentiasa lalai daripada mengingati Allah ......

Wallahualam ...

Wednesday, August 13, 2008

GANGGUAN .... ISHHH ... ISHHHH



TIADA YANG LEBIH PENTING DRPD PANGGILAN ILLAHI

JANGAN GANGGU JEMAAH LAIN .... PLZZZZ

LAGU DIA PULAK TUUUU ...........
ANGGUK2 ... GELENG2

ALASAN ATAU .....


Beginilah manusia bila diajak solat.

A = B jommmm kita main bola ....
B = Jom ... jommmm
A = Puasnyer kita main bola hari ni kan B, 2 jam tu ... tak rasa penat pun kan ... kannnn
B = Haáh la

Di waktu yg lain ...

C = Assalamualaikum... A B, jom kita p surau malam ni ... ada ust ngajor best lah ... bukan lama pun ... mula lepas maghrib smpai isyak ... jom r
A = ala ... org rumah aku tunggu masa nak bersalin ni ... tak boleh la
B = Ehhh tak boleh la .... org rumah aku tinggal sorang2 kat rumah ... nanti apa lak dia kat ....

Buat lah apa sahaja alasan di dunia ini utk manusia dan bersiaplah utk memberi jawapan yg sama di akhirat kelak ...


Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
(At-Taghaabun, 15)

Tuesday, August 12, 2008

JANJI

Janji. Pernahkah kita berjanji dalam kehidupan seharian kita ? Takkanlah tak pernah .... Orang yg tak berjanji ni adalah orang yg tidak berani, tidak bertanggungjawab ... Entah mengapa la hari ni aku nak menulis citer pasal janji.

Dalam hidup ni, semua manusia pernah berjanji, tunaikan janji ataupun memungkiri janji. Alah ... janji nak sehidup semati (masa bercinta dulu, dah kawin sepak terajang lak ... hehehe), janji ibu bapa untuk menjaga anak dgn sebaiknya2 (amanah tu), janji anak dgn ibu bapa (nak jaga mereka seperti mana mereka jaga kita dulu ... dulu) nak jadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah. Macam-macam sebenarnya, belum lagi cerita mengenai janji rakyat pada negara, janji pekerja pada majikan dan sebaliknya. Perghhhhh ... macam2 janji ... dalam filem pun ada janji ... JANJI DIANA, janji jugak tu.

Bagaimana perasaan kita bila kita berjanji? Camner lak perasaan kita apabila berjaya mengotakan janji, apa yang kita rasa jika org lain yang berjanji dgn kita tak tepati dan apakah pula yang kita rasa apabila kita pulak yang gagal mengotakan janji?

Orang sekarang ni dah mula tak percaya pada janji sebabnya janji sentiasa dikhianati. Janji miting mula jam 9:00 pagi ... tu dia jam 9:30 masih terhegeh2. Masa kita dating aje dulu2 kita tepati. Awek suruh datang esok jam 8:00 mlm .... kita dah sampai mlm ni. Klu esok gaji kuar, hari ni kita dah tunggu kat depan bank nak p jolok duit (ader ke tahap camni ?) Saya sendiri pun mengalaminya sendiri. Anda?

Mengikut Kamus Dewas Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat, .... cewahhh siap buka kamus lagi tu ..... janji bermaksud kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu. Kalau dilihat kat sini ia membawa maksud bahawa ia bukannyer berat sangat atau sesuatu yg dikira sebagai bebanan, tapi pepatah melayu berkata "kalau lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya"" so kalau manusia yang tidak mengotakan janji lebih teruk dari L*^#U betul tak ? Tak keterlaluan la klu itu yg saya katakan.

Dalam hati ni terasa bengkak sangat klu ada yang memungkiri janji. Puas membuat temu janji, sampai harinya, orang yang berjanji entah ke mana, senyap tanpa berita, mulalah kita pening kepala. Cam tu jugak kalau ada yg berhutang ... kata nak bayar bulan ni .... bila tanyer ...kata duit tak der ... bulan depan boleh ? Bulan punyer bulan ... masuk tahun .... sampai dah kawin ... beranak pinak ... hutang tak abis berbayar.

Ini semua asam garam kehidupan, baik kehidupan dunia atau akhirat menjadikan kita lebih matang dan tahu membeza serta mengkategorikan manusia, kawan atau lawan, boleh dipercayai atau pendusta. Dalam mendidik dan mengajar kita erti dewasa bukan saja pada angka usia yang bertambah tapi usia sudah berdekad banyaknya tetapi perangai mengalahkan budak-budak. Betul atau tidak?

Fikir2 la sesama yer ....

Itu janji dengan manusia, bagaimana janji kita dengan Allah ? Apa janji kita sebelum dilahirkan ke dunia ? Bukan kah kita mengakui bahawa Allah itu tuhan kita ? Bukan kah kita berjanji akan mentaati perintah Allah dan mengikuti sunah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.? Bagaimana perasaan kita bila janji org kpd kita tidak ditunaikan .... begitu jugalah janji kita dengan Allah ... lebih byk yg tidak ditunaikan berbanding yg kita tunaikan. Adakah Allah marah pada kita ? Sesungguhnya Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang..... Sesungguhnya memohon ampun dengan Allah lebih mudah berbanding memohon ampun sesama manusia.

Peringatan utk diriku yg pelupa:- Jika masuk waktu solat jgn ditangguh2 kerana ia merupakan janji kita dengan Allah untuk menyegerakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Klu dengan Allah pun kita lambat2kan dengan manusia lagi lah ......

Ciri2 org munafik yang ustaz ajar ...bila dia berjanji dia mungkiri .... bila diberi amanah dia khianati ... bila bercakap dia berdusta.........

Monday, August 11, 2008

CAHAYA DI PADANG MASYAR

Assalamualaikum...wbt ... para pembaca yg dirahmati Allah.

Semalam, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dan menjadi kebiasaannya jam 6:30 ptg aku akan buka siaran radio kegemaranku (89.6 Mhz -Perak FM). Inilah masanya aku dapat meluangkan masa utk mendengar ceramah2 agama yang telah dirakam dan dipendengarkan semula. Aku tak ingat ust yg memberi ceramah semalam tapi masih lagi kisah yg berkait dgn peristiwa Israk Mikraj yang ada kaitannya dengan bab sembahyang.

Kata ust tersebut ....esok ... esok masa kita akan dihisab .... keadaannya berada dalam kegelapan. Kelam kabut .... confius .... bengong ... dan macam2 lagi. Pada masa inilah segala amal ibadat yg kita lakukan di dunia akan mula menyinar dengan cahaya. Semakin byk amal ibadat yg kita lakukan semakin teranglah cahaya tersebut. Org2 yg kat sebelah kita tak boleh tumbang cahaya org lain (bukan cam lampu suluh ... org lain boleh nampak cahaya). Ini lain ... masanya lain .... Jadi kita kena cas bateri kita kuat2 kat dunia ni, supaya kat sana kita akan dapat cahaya.

Habis aje ceramah tu saya dok terfikir, iyer ke jadi camtu ? Bukan terang ke masa tu .... masa kita nak dihisab (iyer la ... kita dok fikir cam sekarang ni ... ada matahari ... ada bulan ... kurang2 pun kita rasa cam lampu kat rumah kita kot ... ) . Fikir dok fikir ... akhirnya saya temu dengan jawapannya. Sahal bin Saad menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu pergi ke masjid di waktu malam yang gelap kerana mereka akan mendapat cahaya yang sempurna di hari Hisab nanti." MasyaAllah .... benarlah kata2 dari kekasihMu Ya Allah.

Ini bukan perkara main2. Ini bukan soalan malas atau rajin. Ini soal tanggungjawab kita sebagai hamba Allah (cewahhhh masa menderma elok aje tulis nama hamba Allah. "Bang ... ni kat kertas resit derma nak bubuh nama apa bang?". "Kau tulis aje "Hamba Allah", bukan main lagi kita dengan bangganya mengatakan kita ni hamba Allah. Nak tahu makna hamba Allah, InsyaAllah lain kali akan diterangkan). Malu la skit .... mengaku dimulut bukan dihati ....

Berbalik semula .... daripada hadith ini, seseorang yang selalu ke masjid diwaktu yg gelap (samada waktu Maghrib, Isyak dan Subuh) akan memperolehi satu cahaya yang lebih terang daripada cahaya matahari walhal org yg lain berada dalam kebingungan. Cuba kita bayangkan malam pertama kita di alam kubur. Mak ehhhh ... gelap bukan main lagi kan ? Itu ikut hukum akal memanglah. Hukum Allah ? Hanya mereka yg sudah ada pengalaman sahaja yang akan merasainya.

Pada hari hisab lak, Allah akan bertanya kepada malaikat di mana jiran2 Allah, lalu para Malaikat menjawab bahawa jiran2 Allah ialah org2 yg selalu pergi ke Masjid. Dah la kat dunia jadi tetamu Allah, kat akhirat jadi jiran Allah pulak. Ruginyer klu kita yg menolak keuntungan ini (hanya manusia yg bodoh sahaja akan melepaskan peluang ini). Jadi ingatlah sementara Allah beri peluang ... kita fikir sendiri.

Kita mohon Allah memberi taufik hidayat semoga kita dirahmati dan diberkati sepanjang kehidupan kita didunia. Amin.

SOLATKU

Sayup2 kedengaran dari jauh laungan azan subuh bergema di gegendang telinga ini. Suara siapa lah agaknyer yang mengagungkan Allah swt ? Terdetik dihati ini lalu bingkas bangun mempersiapkan diri menuju kerumah Allah. Sampainya aku disana, kelihatan anak kecil yg seawal usia 10thn dengan wajah tersenyum memberi salam. "Anak kecil inikah yang melaungkan azan?" bisik hatiku. Hebat ... hebat Allah anugerahkan kepadanya kekuatan untuk datang kerumah Allah dalam keadaan orang lain enak dibuai mimpi indah. Bagaimana anak kecil ini mendapat kekuatan sebegini utk hadir menjadi tetamu Allah sedangkan dimasa yang sama org2 yg dewasa seakan2 tidak merasai apa2 pada laungan azan ? Kuperhatikan sekian lama .... akhirnya anak ini sudah sebati dengan bangkitnya seawal jam 5 pagi. Solat tahajudnya ... zikirnya ... tangisnyer ....


Aku ? Kemana aku selama ini. Usia tinggal setengah lagi utk hidup (diambil usia nabi s.a.w wafat). Bangkit subuh ? Kirakan .... berapa kali aku bangkit subuh ? Berapa kali aku bersama2 imam mengangkat takbir sesudahnya ? Tidak malukah aku dengan anak2 kecil sebegini yg boleh hadir ke rumah Allah seawal jam 5:30 pagi ? Seharusnya aku malu dengan diri sendiri.



Fikirkan sejenak ... selama aku tinggal dibumi Allah berapa aku hadirkan diri utk solat berjemah selain solat jumaat. Berapa kali aku hadir kerumah Allah utk menuntut ilmu dan dgn ilmu aku ajarkan kpd seisi rumah (samada utk isteri, anak2)?

Sekadar mengingatkan ... kematian itu pasti. masanya sahaja belum ketahui, Entah esok ... entah lusa ... Apa persiapan yang telah aku lakukan utk bertemu dengan penciptaku ?

Org nak berkawin sudah merancang berbulan2 malahan bertahun. Duit hantarannya ... belanja kawinnyer dan lain2. Malahan baju pengantin sudah disiapkan 2 - 3 tahun sebelum majlisnya. Ada sesiapa yang sudah membeli kain kapannyer sendiri walaupun sudah mengetahui yg ia akan mati ? Ada sesiapa yg sudah menempa tanah kuburnya sendiri ?


Bukan itu yg dimaksudkan ... tapi berbalik kpd persoalan di atas. Tidak adakah di hati kita berdetik bila azan dilaungkan oleh seorang kanak2 yg berusia 10 tahun ? Tuli sudahkah telinga kita ? Tak malukah diri kita ? Kalau kanak2 seusia begitu boleh bangkit utk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan kita masih di atas katil ?

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa adalah lebih baik dituangkan timah yg mendidih ke dalam telinga org yg mendengar azan tetapi tidak menyertai jemaah.



Di dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa Allah s.w.t. menganugerahkan 5 kurnia atas seseorg yg menjaga solat iaitu :-


1. Rezekinya dipermudahkan
2. Dia diselamatkan dari azab kubur
3. Dia akan menerima buku catatannya dari tangan kanannya pada hari hisab
4. Dia akan melintasi titian "SIRATHAL MUSTAQIM" pantasnya seperti kilat dan
5. Dia masuk syurga tanpa hisab

Itulah 5 anugerah yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang menjaga solatnya iaitu sentia "ISTIQAMAH", bila masuk waktu solat dia terus solat. (maksud menjaga solat adalah solat di tmpt dimana azan dilaungkan, di awal waktu dan berjemaah).

Di samping lima anugerah ini, Allah juga memberi amaran kepada orang-orang yang melengah-lengahkan solat. Dia akan menerima "LIMA AZAB" di dunia ini. Tiga daripadanya di dalam kuburnya dan tiga lagi selepas kebangkitan kelak. Azab di dunia itu ialah :-

1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya
2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik
4. Doanya tidak dimakbulkan dan;
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.

Sementar itu azab yang akan diterimanya semasa dia hendak mati kelak adalah :-

1. Dia mati dengan keadaan aib
2. Dia mati dalam kelaparan dan;
3. Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.

Manakala tiga azab akan diterimannya di dalam kubur bagi orang yang melalaikan atau melengah-lengahkan solatnya adalah :-

1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur
2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam.

3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit. Sebelum dilepaskan, ular iatu akan bertempik seperti guruh berbunyi :-

"TUHANKU TELAH PERINTAHKAN AKU SUPAYA MEMUKUL KAMU KERANA KAMU MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI". Melengah-lengahkan solat ZUHUR sehingga solat ASAR. Melengah-lengahkan solat MAGHRIB hingga solat ISYAK dan melengah-lengahkan solat ISYAK hingga FAJAR, ular itu terus memukulnya hinggalah hari kiamat. Setiap kali puluk membenamkan sehingga 70 HASTA DALAMNYA.

Sementara itu azab yang akan diterima oleh mereka melengah-lengahkan solat selepas kebangkitan nanti ialah :-

1. Hisabnya terlalu berat
2. Allah murka terhadapnya dan;
3.
Dia dicampakan ke dalam api neraka.

Anas juga menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :-

"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".

Ya Allah kau jadikan aku hambamu yang kerap berulang alik ke rumahmu. Amin

Wednesday, August 6, 2008

NIKMAT YG TIDAK DIGUNAKAN SEBAIKNYA

Pada hari Sabtu yang lepas saya telah diperlihatkan dengan suatu kejadian yg sukar saya lupakan dlm hidup saya. Terasa diri saya ini sungguh kerdil dan hina.


Saya telah pergi ke sebuah masjid di Taman Keramat utk menunaikan solat Zohor. Saya sampai di masjid tersebut ketika azan sedang berkumandang. Saya terus ke paip air utk mengambil wuduk. Sedang saya mengambil wuduk, saya terlihat seorang hamba Allah sedang bersusah-payah datang ke masjid tersebut (untuk perhatian pembaca, jalan yg sedia ada utk sampai ke masjid tersebut tidaklah berapa elok). Dengan penuh keazaman hamba Allah ini menggagahi diri datang ke masjid utk solat berjemaah.Yang membuatkan saya terharu ialah ... hamba Allah tersebut bukanlah insan biasa seperti saya dan pembaca sekalian !!!


Kedua-dua kakinya lumpuh, tangan kirinya lemah dan tangan kanannya tidak lurus seperti kita! Dia menaiki kerusi roda tersebut sambil tangan kanannya memusingkan roda dan payung dikepit di antara leher dan bahu. Betapa susahnya untuk kita bayangkan keadaan beliau yang begitu pilu.


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!!! Lalu dia masuk ke mesjid untuk merebut saf pertama, bukan itu saja, setelah selesai sembahyang, hamba Allah tersebut merebut peluang untuk bersalaman dengan hampir kesemua jemaah yg hadir (lebih kurang 3 saf). Bayangkan betapa ikhlasnya hati beliau untuk bersalam mesra dengan jemaah yg hadir walupun keadaan beliau tidaklah sempurna seperti kita.


Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, apakah kita akan berkelakuan seperti hamba Allah tersebut jika kita berada dlm situasi beliau? Saya ni pun, baru demam sikit dah rasa malas nak sembahyang. berjemaah. Inikan pula dlm keadaan beliau.


Ketika itu saya rasakan bahawa diri saya sungguh hina lagi keji berbanding dengan hamba Allah tersebut. Cuba kita tanya diri kita sendiri, berapa kerap kita melakukan sembahyang berjemaah ketika kita sihat walafiat? Di dalam kubur nanti kita akan ditanya, ke manakah kita gunakan kaki kita? Apakah jawapan kita? Sedangkan hamba Allah yg "lumpuh" itu pun mengambil berat akan amalan yg dilakukan oleh kakinya walaupun tidak berfungsi seperti kita! Inikan kita pulak yg di kurniakan "nikmat" kaki. Renungkanlah, sejauh manakah perjalanan kita di dunia ini. Sebelum saya berundur, renungkanlah pepatah dibawah untuk kesejahteraan kita bersama...


APABILA KITA DILAHIRKAN KE DUNIA INI, KITA DI SAMBUT DENGAN AZAN! APABILA KITA MATI, KITA DISUDAHI DENGAN SEMBAHYANG!

BERAPA LAMA SANGAT JARAK DI ANTARA AZAN DENGAN SEMBAHYANG ITU...

Semoga Allah merahmati kita bersama.... Wassalam


Tuesday, August 5, 2008

ISLAM DATANG BERDAGANG DAN KEMBALI BERDAGANG

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan sekalian alam dan mengadakan sesuatu yang tiada kepada ada dan yang ada kepada tiada.

Dalam sibuk mengatur urusan dunia, aku mengambil kesempatan untuk menziarahi org tua di kg. Menjadi kebiasaan di masjid pada hujung minggu akan diadakan majlis ilmu selepas solat subuh. Alhamdulillah ... ramai org2 muda sudah menjadikan masjid sebagai pilihan utama di waktu2 sebegini (selainnya lebih gemar beradu diatas pembaringan, terasa rugi sesangat nak bangun pagi, nak buka mata... nak solat subuh jam 5:50 pagi ? alahai lagi rugi waktu tido. Nak tido puas2 tunggu esok2 kat dalam kubur ... tido la takder org nak ganggu).

AF Ust Pardon membuka kitab hadis 40. Kebetulan ust ni dia kenal dengan ayahku sejak di Sek. Men. Sultan Mohd Melaka lagi. Aku masih ingat lagi kata2nya dalam kuliah subuh waktu itu.

Islam datang berdagang dan kembali berdagang .....

Masih ingat dengan kisah Bilal Ibn Rabbah r.a. ? Hebat kan ? Salah seorg drp 10 sahabat yg dijamin syurga walaupun didunia lagi. Bilal ni ... bukan orang arab, dia ni orang negro (berkulit hitam) dah lah tu ... hamba pulak. Bak orang kata kalau dia buat betul sekalipun org lain akan kata salah sebabnya tak ada orang nak menyebelahi dia. Dah la tu pulak ... kenapa Bilal ni berani peluk Islam ? Lagi lah. Bilal tahu, tak ada siapa yang akan bantu dia kecuali Allah. Dia diseksa dengan hebat sekali (x terbayang seksaan org yg dijamin syurga ni, Ya Allah janganlah kau menduga kami dengan dugaan yang tidak termampu dan tertanggung oleh kami, biarlah dugaan itu sepadan dengan kemampuan kami). Tapi yang keluar dari mulut Bilal r.a. ialah "Ahad .... Ahad ... Ahad " (Allah Maha Esa .... Allah Maha Esa ... Allah Maha Esa). Zaman dahulu nak peluk Islam ... pasti akan diseksa sehinggala bila Islam mencapai kegemilangan.

Zaman sekarang pulak .... nak ajak kengkawan pi rumah Allah pun macam berdagang. "Jom la kita pi surau/masjid", "Ehhh jom .... malam ni ada kelas Fiqh la, Ust Rosli... jom la". Seumpama kita berjual beli di pasar. Ada tawar menawarnya. Allahhuakbar ...

Tidak ramai yang hadir untuk kelas pengajian ilmu. Yang datangp un org yg sama. Tu ajela ... 4 - 5 kerat. Yang lain nya mana ? Bos pun pernah kata .... orang-orang kat sini lagi sibuk dari saya ke ? Siang malam dia orang sibuk ehhh (faham-faham ajela maksud bos kita tu). Tu diaaaa ... klu bos yg besar tanggungjawabnya pun ada masa nak ke surau menuntut ilmu dan solat berjemaah, saya rasa tuan2 lagi sibuk dari bos (agaknyer le). Tapi takper .... kat dunia ... macam2 jawapan kita boleh beri, namun diakhirat .... ????

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Al-Zariyat 56. Itulah tanggungjawab kita sebenarnya diutuskan di dunia ini. Makna daripada ayat itu ialah bagaimana nak jadikan segala aktiviti hidup kita sebagai ibadat, 24 jam sebagai ibadat.

Memang kena beribadat sepanjang masa sebab kita di ciptakan hanya untuk beribadat. Yang ibadat memanglah ibadat.

Solat adalah ibadat dan ketika solat memang kita rasa sedang beribadat. Ketika berpuasa kita rasa sedang beribadat. Ketika menunaikan haji kita rasa sedang beribadat sebab haji adalah satu ibadat.

Penting sangat di sini ialah bagaimana segala aktiviti kita yang lain, sekali pandang tidak berwajah ibadat seperti makan, minum, berjalan, berhibur, bersukan dan segalanya mesti di‘adjust’ biar bertukar supaya mempunyai nilai ibadat sebab kita dicipta supaya beribadat.

Dalam Islam, syarat pertama untuk menjadi pekerja ibadat ialah kena jadi hamba Allah.

Apabila sudah menjadi hamba Allah barulah kita layak memegang jawatan sebagai khalifah. Khalifah bermaksud pemegang amanah atau apa sahaja tugas yang diamanah kan.

Hamba Allah ialah segala kerja berasaskan yang wajib mesti buat, yang haram mesti dijauhi.

Untuk menjadikan sebarang aktiviti sebagai ibadat ada enam syarat.

Pertama: ikhlas. Ikhlas ada dua makna buat kerana Allah dan satu lagi rasa bersama dengan Allah. Apabila rasa Allah bersama kita, di sinilah datang kualiti, tidak tipu, tiada curi tulang dan sebagainya.

Kedua: kerja yang dilakukan mestilah halal.

Ketiga: proses mendapatkan hasil mesti betul.

Keempat: dibuat dengan ‘itqan’ iaitu dengan bersungguh-sungguh dengan empat e iaitu ‘effort’ (usaha), ‘efektif’ (berkesan), ‘efficient’ (cekap) dan ‘etika’.

Kelima: kenalah ada prinsip beragama. Klu mesyuarat tu, mesyuarat juga, tetapi jangan sampai tidak mengerjakan solat. Kerja jangan sampai tidak tutup aurat dan sebagainya.

Keenam: jika ‘input’ (masukan) baik dan betul, maka cara menggunakan hasil usaha pun dengan cara yang betul.

Wallahualam ......

INIKAH KUALITI SOLAT KITA ?