Monday, August 11, 2008

SOLATKU

Sayup2 kedengaran dari jauh laungan azan subuh bergema di gegendang telinga ini. Suara siapa lah agaknyer yang mengagungkan Allah swt ? Terdetik dihati ini lalu bingkas bangun mempersiapkan diri menuju kerumah Allah. Sampainya aku disana, kelihatan anak kecil yg seawal usia 10thn dengan wajah tersenyum memberi salam. "Anak kecil inikah yang melaungkan azan?" bisik hatiku. Hebat ... hebat Allah anugerahkan kepadanya kekuatan untuk datang kerumah Allah dalam keadaan orang lain enak dibuai mimpi indah. Bagaimana anak kecil ini mendapat kekuatan sebegini utk hadir menjadi tetamu Allah sedangkan dimasa yang sama org2 yg dewasa seakan2 tidak merasai apa2 pada laungan azan ? Kuperhatikan sekian lama .... akhirnya anak ini sudah sebati dengan bangkitnya seawal jam 5 pagi. Solat tahajudnya ... zikirnya ... tangisnyer ....


Aku ? Kemana aku selama ini. Usia tinggal setengah lagi utk hidup (diambil usia nabi s.a.w wafat). Bangkit subuh ? Kirakan .... berapa kali aku bangkit subuh ? Berapa kali aku bersama2 imam mengangkat takbir sesudahnya ? Tidak malukah aku dengan anak2 kecil sebegini yg boleh hadir ke rumah Allah seawal jam 5:30 pagi ? Seharusnya aku malu dengan diri sendiri.



Fikirkan sejenak ... selama aku tinggal dibumi Allah berapa aku hadirkan diri utk solat berjemah selain solat jumaat. Berapa kali aku hadir kerumah Allah utk menuntut ilmu dan dgn ilmu aku ajarkan kpd seisi rumah (samada utk isteri, anak2)?

Sekadar mengingatkan ... kematian itu pasti. masanya sahaja belum ketahui, Entah esok ... entah lusa ... Apa persiapan yang telah aku lakukan utk bertemu dengan penciptaku ?

Org nak berkawin sudah merancang berbulan2 malahan bertahun. Duit hantarannya ... belanja kawinnyer dan lain2. Malahan baju pengantin sudah disiapkan 2 - 3 tahun sebelum majlisnya. Ada sesiapa yang sudah membeli kain kapannyer sendiri walaupun sudah mengetahui yg ia akan mati ? Ada sesiapa yg sudah menempa tanah kuburnya sendiri ?


Bukan itu yg dimaksudkan ... tapi berbalik kpd persoalan di atas. Tidak adakah di hati kita berdetik bila azan dilaungkan oleh seorang kanak2 yg berusia 10 tahun ? Tuli sudahkah telinga kita ? Tak malukah diri kita ? Kalau kanak2 seusia begitu boleh bangkit utk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan kita masih di atas katil ?

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa adalah lebih baik dituangkan timah yg mendidih ke dalam telinga org yg mendengar azan tetapi tidak menyertai jemaah.



Di dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa Allah s.w.t. menganugerahkan 5 kurnia atas seseorg yg menjaga solat iaitu :-


1. Rezekinya dipermudahkan
2. Dia diselamatkan dari azab kubur
3. Dia akan menerima buku catatannya dari tangan kanannya pada hari hisab
4. Dia akan melintasi titian "SIRATHAL MUSTAQIM" pantasnya seperti kilat dan
5. Dia masuk syurga tanpa hisab

Itulah 5 anugerah yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang menjaga solatnya iaitu sentia "ISTIQAMAH", bila masuk waktu solat dia terus solat. (maksud menjaga solat adalah solat di tmpt dimana azan dilaungkan, di awal waktu dan berjemaah).

Di samping lima anugerah ini, Allah juga memberi amaran kepada orang-orang yang melengah-lengahkan solat. Dia akan menerima "LIMA AZAB" di dunia ini. Tiga daripadanya di dalam kuburnya dan tiga lagi selepas kebangkitan kelak. Azab di dunia itu ialah :-

1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya
2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik
4. Doanya tidak dimakbulkan dan;
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.

Sementar itu azab yang akan diterimanya semasa dia hendak mati kelak adalah :-

1. Dia mati dengan keadaan aib
2. Dia mati dalam kelaparan dan;
3. Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.

Manakala tiga azab akan diterimannya di dalam kubur bagi orang yang melalaikan atau melengah-lengahkan solatnya adalah :-

1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur
2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam.

3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit. Sebelum dilepaskan, ular iatu akan bertempik seperti guruh berbunyi :-

"TUHANKU TELAH PERINTAHKAN AKU SUPAYA MEMUKUL KAMU KERANA KAMU MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI". Melengah-lengahkan solat ZUHUR sehingga solat ASAR. Melengah-lengahkan solat MAGHRIB hingga solat ISYAK dan melengah-lengahkan solat ISYAK hingga FAJAR, ular itu terus memukulnya hinggalah hari kiamat. Setiap kali puluk membenamkan sehingga 70 HASTA DALAMNYA.

Sementara itu azab yang akan diterima oleh mereka melengah-lengahkan solat selepas kebangkitan nanti ialah :-

1. Hisabnya terlalu berat
2. Allah murka terhadapnya dan;
3.
Dia dicampakan ke dalam api neraka.

Anas juga menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :-

"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".

Ya Allah kau jadikan aku hambamu yang kerap berulang alik ke rumahmu. Amin

No comments: