Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan sekalian alam dan mengadakan sesuatu yang tiada kepada ada dan yang ada kepada tiada.
Dalam sibuk mengatur urusan dunia, aku mengambil kesempatan untuk menziarahi org tua di kg. Menjadi kebiasaan di masjid pada hujung minggu akan diadakan majlis ilmu selepas solat subuh. Alhamdulillah ... ramai org2 muda sudah menjadikan masjid sebagai pilihan utama di waktu2 sebegini (selainnya lebih gemar beradu diatas pembaringan, terasa rugi sesangat nak bangun pagi, nak buka mata... nak solat subuh jam 5:50 pagi ? alahai lagi rugi waktu tido. Nak tido puas2 tunggu esok2 kat dalam kubur ... tido la takder org nak ganggu).
AF Ust Pardon membuka kitab hadis 40. Kebetulan ust ni dia kenal dengan ayahku sejak di Sek. Men. Sultan Mohd Melaka lagi. Aku masih ingat lagi kata2nya dalam kuliah subuh waktu itu.
Islam datang berdagang dan kembali berdagang .....
Masih ingat dengan kisah Bilal Ibn Rabbah r.a. ? Hebat kan ? Salah seorg drp 10 sahabat yg dijamin syurga walaupun didunia lagi. Bilal ni ... bukan orang arab, dia ni orang negro (berkulit hitam) dah lah tu ... hamba pulak. Bak orang kata kalau dia buat betul sekalipun org lain akan kata salah sebabnya tak ada orang nak menyebelahi dia. Dah la tu pulak ... kenapa Bilal ni berani peluk Islam ? Lagi lah. Bilal tahu, tak ada siapa yang akan bantu dia kecuali Allah. Dia diseksa dengan hebat sekali (x terbayang seksaan org yg dijamin syurga ni, Ya Allah janganlah kau menduga kami dengan dugaan yang tidak termampu dan tertanggung oleh kami, biarlah dugaan itu sepadan dengan kemampuan kami). Tapi yang keluar dari mulut Bilal r.a. ialah "Ahad .... Ahad ... Ahad " (Allah Maha Esa .... Allah Maha Esa ... Allah Maha Esa). Zaman dahulu nak peluk Islam ... pasti akan diseksa sehinggala bila Islam mencapai kegemilangan.
Zaman sekarang pulak .... nak ajak kengkawan pi rumah Allah pun macam berdagang. "Jom la kita pi surau/masjid", "Ehhh jom .... malam ni ada kelas Fiqh la, Ust Rosli... jom la". Seumpama kita berjual beli di pasar. Ada tawar menawarnya. Allahhuakbar ...
Tidak ramai yang hadir untuk kelas pengajian ilmu. Yang datangp un org yg sama. Tu ajela ... 4 - 5 kerat. Yang lain nya mana ? Bos pun pernah kata .... orang-orang kat sini lagi sibuk dari saya ke ? Siang malam dia orang sibuk ehhh (faham-faham ajela maksud bos kita tu). Tu diaaaa ... klu bos yg besar tanggungjawabnya pun ada masa nak ke surau menuntut ilmu dan solat berjemaah, saya rasa tuan2 lagi sibuk dari bos (agaknyer le). Tapi takper .... kat dunia ... macam2 jawapan kita boleh beri, namun diakhirat .... ????
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Al-Zariyat 56. Itulah tanggungjawab kita sebenarnya diutuskan di dunia ini. Makna daripada ayat itu ialah bagaimana nak jadikan segala aktiviti hidup kita sebagai ibadat, 24 jam sebagai ibadat.
Memang kena beribadat sepanjang masa sebab kita di ciptakan hanya untuk beribadat. Yang ibadat memanglah ibadat.
Solat adalah ibadat dan ketika solat memang kita rasa sedang beribadat. Ketika berpuasa kita rasa sedang beribadat. Ketika menunaikan haji kita rasa sedang beribadat sebab haji adalah satu ibadat.
Penting sangat di sini ialah bagaimana segala aktiviti kita yang lain, sekali pandang tidak berwajah ibadat seperti makan, minum, berjalan, berhibur, bersukan dan segalanya mesti di‘adjust’ biar bertukar supaya mempunyai nilai ibadat sebab kita dicipta supaya beribadat.
Dalam Islam, syarat pertama untuk menjadi pekerja ibadat ialah kena jadi hamba Allah.
Apabila sudah menjadi hamba Allah barulah kita layak memegang jawatan sebagai khalifah. Khalifah bermaksud pemegang amanah atau apa sahaja tugas yang diamanah kan.
Hamba Allah ialah segala kerja berasaskan yang wajib mesti buat, yang haram mesti dijauhi.
Untuk menjadikan sebarang aktiviti sebagai ibadat ada enam syarat.
Pertama: ikhlas. Ikhlas ada dua makna buat kerana Allah dan satu lagi rasa bersama dengan Allah. Apabila rasa Allah bersama kita, di sinilah datang kualiti, tidak tipu, tiada curi tulang dan sebagainya.
Kedua: kerja yang dilakukan mestilah halal.
Ketiga: proses mendapatkan hasil mesti betul.
Keempat: dibuat dengan ‘itqan’ iaitu dengan bersungguh-sungguh dengan empat e iaitu ‘effort’ (usaha), ‘efektif’ (berkesan), ‘efficient’ (cekap) dan ‘etika’.
Kelima: kenalah ada prinsip beragama. Klu mesyuarat tu, mesyuarat juga, tetapi jangan sampai tidak mengerjakan solat. Kerja jangan sampai tidak tutup aurat dan sebagainya.
Keenam: jika ‘input’ (masukan) baik dan betul, maka cara menggunakan hasil usaha pun dengan cara yang betul.
Wallahualam ......
No comments:
Post a Comment