Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah menciptakan kita menjadi khalifah di atas muka bumi ini.
Sekelip mata aje rasanyer masa berlalu. Masih terasa lagi 1 Ramadhan 1429H. Berterawih hanya 4 org aje pd malam tu.... sekarang dah nak raya dahhhh. Tinggal 4 hari aje lagi.
Dalam kesempatan ini ... saya ingin mengambil kesempatan menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dalam apa sahaja yang tidak menyenangkan tuan/puan. yang termakan, terminum, terkata, terkutuk, terngumpat dsb.
Bagi saya kesemua kesilapan atau dosa2 (sekiranya ada); saya maafkan dunia dan akhirat.
Selamat hari raya semuanya, berhati2 di jalan raya. Insya'Allah bertemu selepas Syawal ini. Jemput bertandang ke rumah.
Jika berdoa dan bertemu malam Lailatul Qadar, doakan aku juga ...
MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Alhamdulillah, kita sekarang telah pun berada di penghujung bulan Ramadan. Ini bererti beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan 1 Syawal 1429 Hijrah, iaitu hari kemenangan bagi umat Islam setelah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan dan berjaya pula melawan hawa nafsu. Itulah hari yang dinamakan Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah s.w.t mengharamkan kita berpuasa pada hari tersebut.
Pada kelazimannya, kedatangan Hari Raya ini akan disambut dan diraikan oleh umat Islam seluruh dunia, tidak terkecuali umat Islam di negara kita sendiri. Apa yang menjadi tradisi umat Islam di negara kita apabila menyambut Hari Raya ialah membuat bermacam-macam persiapan yang terbentuk material seperti menyediakan pakaian baru, juadah dan barangan hiasan rumah. Persiapan seumpama itulah yang sering dititikberatkan sehingga menyebabkan kita lalai dan lupa kepada perkara yang lebih afdal untuk dilakukan ketika meraikan malam Hari Raya itu.
Dalam keseronokan dan kegembiraan kita menyambut kedatangan Hari Raya, kita jangan lupa melakukan perkara-perkara yang sunat sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam, antaranya:
Pertama: Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah jelas dilihat (samada secara hisab atau rukyah).
Kedua: Sunat menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih.
Ketiga: Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri pada pagi Hari Raya sebelum pergi ke masjid.
Keempat: Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok.
Kelima: Sunat mekan sedikit pada pagi itu (sebaiknya makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil) sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya.
Keenam: Sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.
"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."
Ketujuh: Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti mengucapkan 'semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak'.
Dalam suasana kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba, kita juga jangan melupakan manusia yang kurang bernasib baik yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah yang menimpa mereka.
Memang benar dan tepat sebagaimana yang digambarkan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam Al-Quran Surah Az-Zalzalah ayat 1 - 5 tafsirnya:
"Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya. Dan berkatalah manusia dengan perasaan gerun: Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar berita bahawa Tuhanmu telah memerintahkan berlaku demikian."
Mudah-mudahan amal yang kita lakukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesengsaraan dan penderitaan yang mereka tanggung. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:
"Dari Abi Hurairah r.a.: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa melepaskan seorang mukmin itu suatu kesusahan dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di akhirat."
Setiap orang Islam yang benar2 sejati akan mencari malam 1000 bulan ini. Pada bulan ini sahaja berlakunya malam ini. Pencarian tidak akan sia-sia bagi org yang benar2 beriman dan yakin dengan kehebatan Allah. Namun disebalik yang mencari malam itu, masih ramai lagi yang membiarkannya berlalu pergi begitu sahaja. Orang-orang beginilah yang dikutuk oleh Rasulullah s.a.w.
Di dalam Al-Qur’an tidak dijelaskan bilakah malam Lailatul Qadar itu akan berlaku, tetapi di dalam hadits diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. beriktikaf untuk 10 hari di awal bulan Ramadhan dan kemudian 10 hari pertengahannya yang mana sabdanya: “Sesungguhnya malam Lailatul Qadar itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Baginda s.a.w. sujud di waktu subuh di masjid yang berair bercampur tanah (berlumpur), kemudian pada malam ke-21 di saat baginda i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid karena masjid Nabi s.a.w. diperbuat dari anjang-anjang/pohon2 kurma. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya, maka beliau sujud ditempat yang berair bercampur tanah.” (HR. Bukhori no.669 dan 2016, Muslim no.1167, dan 216 dari shohabat Abu Sa’id Al-Khudri).
Hadis di atas menunjukkan bahawa malam Lailatul Qadar pada waktu itu jatuh pada malam yang ke-21. Sedangkan para sahabat Rasulullah s.a.w. melihat dalam mimpi mereka bahawa malam Lailatul Qadar jatuh pada malam ke 27. (HR. Bukhori no.2015, Muslim no.1165 dari sahabat Abdulloh bin ‘Umar ).
Perbedaan pendapat para ulama tentang jatuhnya malam Lailatul Qadar pada 10 hari terakhir adalah berpindah-pindah pada setiap tahunnya, kadang kala pada tahun ini jatuh pada malam yang ke 21, kemudian pada tahun berikutnya jatuh pada malam yang ke 29, 25 atau 24.
Disebalik berlakunya hari2 yang lain terdapat hikmahnya pula. Adapun di antara kita ni orangnyer malas2 belaka menjalankan ibadah, mereka bersemangat untuk menjalankan ibadah pada 10 hari terakhir di bulan Romadan. Hikmah yang lainnya juga iaitu agar menambah amal salih seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Islam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.
Fitri juga bermaksud tabiat semual jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramdhan, bertadarus al-Quran, Qiamullail, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.
Dengan penjelasan ini maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu amarah sepanjang bulan Ramadhan. Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang takwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah s.w.t. menerusi ayat 183 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa."
Pengisian Program 'Idil Fitri
'Idil Fitri hendaklah disambut dengan acara-acara yang dianjurkan oleh al-Quran dan al-Sunah, iaitu ada tiga perkara seperti berikut:
1) Membanyakkan Ucapan Takbir
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadhan (29 hari atau 30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah s.w.t.) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah:185)
Sabda Rasullullah s.a.w. pula yang bermaksud : "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan rahmud ."
2) Pembahagian Takbir
Takbir Mursal : Sunnat dilafazkan sama ada oleh orang yang bermukim mahupun musafir, di masjid atau di jalan dengan cara duduk atau berdiri, di pasar-pasar, di rumah-rumah kediaman dan sebagainya. Waktu bermula daripada terbenamnya matahari akhir Ramadhan dan berterusan sepanjang malam Hari Raya hingga solat 'Id didirikan pada esok harinya. Demikian juga bagi Takbir 'Id Al-Adha (Hari Raya Qurban) sunat dilafazkan sepanjang malam hingga esok harinya ketika solat 'Id Al-Adha didirikan.
Takbir Muqaiyad : Iaitu takbir yang terikat dengan waktu-waktu solat. Jelasnya ia sunnat dilafazkan pada setiap kali selesai sembahyang. Waktunya bermula selepas Subuh hari Arafah (hari ke-9 Zulhijjah) dan berakhir selepas solat 'Asar pada 13 Zulhijjah (hari tasyrik).
3) Menunaikan Zakat Fitrah
Walaupun dibolehkan pembayarannya sejak awal Ramadhan, yang afdal ialah pada pagi Hari Raya selepas solat Subuh sebelum solat 'Id didirikan. Inilah menurut hukum asal yang dilakukan pada zaman hayat Rasullullah s.a.w. dan para sahabat serta tabi'in yang lalu.
MASA DAHULU
Zakat Fitrah pada peringkat awal yang lalu dalam bentuk makanan asasi dan terus disampaikan kepada fakir miskin. Jadi, dalam saat-saat mereka hendak menyambut 'Idil Fitri, hari mulia yang penuh dengan barakah, alangkah gembiranya mereka mendapat habuan makanan itu.
Ibnu Abbas r.a. berkata yang bermaksud : "Rasulullah s.a.w. memfardhukan zakat fitrah sebagai membersihkan kecacatan ibadah puasa kerana perbuatan yang sia-sia dan mencarut, disamping itu menjadi habuan untuk orang-orang miskin."
Pada riwayat yang lain pula, Rasullullah s.a.w. berdabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat 'Id, maka zakatnya itu diterima, tetapi yang membayarnya selepas solat 'Id, ia menjadi sedekah biasa." (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majjah dan disahkan oleh al-Hakim)
MASA KINI Kini di negara kita, Zakat Fitrah diberikan dalam bentuk wang ringgit sebagai ganti beras. Fakir miskin telah menerima habuan sebelum Hari Raya dengan cara diberikan pendahuluan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Oleh itu, elok Zakat Fitrah dibayar lebih awal atau pada malam Hari Raya, untuk mengelakkan kesibukan tugas amil memungutnya. Sempena 'Idul Fitri selain diwajibkan berfitrah, kita umat Islam yang berkemampuan juga disunnatkan memberi sedekah-sedekah yang lain dengan mengutamakan kaum kerabat kita yang susah, kemudian barulah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.
4) Menghadiri Upacara Solat 'Id
Sekelian Muslimin dan Muslimat, tua dan muda, termasuk wanita-wanita yang haid di sunatkan menghadiri upacara perhimpunan tahunan tersebut bagi masyarakat Islam setempat. Kehadiran mereka sebagai menghayati syi'ar keagungan Islam dan perpaduan ummah, disamping itu mereka berpeluang bertakbir (membesarkan Allah s.w.t.) beramai-ramai, mendengar khutbah 'Id yang penting, berzikir dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam. Bagi yang tidak uzur berpeluang mendirikan solat 'Id (Hari Raya).
Daripada Ummu 'Atuyah r.a. ujurnya : Kami disuruh membawa gadis-gadis kecil dan wanita yang haid pada Hari Raya ('Idil Fitri dan 'Idil Adhha), agar mereka menyaksikan kebajikan dan doa kaum Muslimin tetapi wanita-wanita yang sedang haid itu terpisah dari tempat solat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Perlu diingatkan, bahawa Hari Raya Puasa kita disunnatkan menjamah makanan atau juadah terlebih dahulu, kemudian pergi ketempat solat, tetapi untuk Hari Raya Haji sunat tidak makan terlebih dahulu, sebaliknya kita bersegera keupacara perhimpunan solat. Solat 'Idil Adha disegerakan lalu menyembelih binatang qurban, kemudian kita pulang dengan membawa daging qurban, lalu dimasak dan baru makan.
Pada pagi-pagi Hari Raya, kita juga disunatkan mandi dan memakai pakaian yang serba baru atau yang bersih dan indah. Kemudian ketika pergi kemusollah (tempat solat), pergi melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat handai dan saudara sesama Islam. Kita sama-sama mengucapkan Salam 'Idil Fitri sambil berbalas-balas senyuman, sama-sama menyatakan rasa syukur ke Hadrat Ilahi atas petunjuk dan pertolongan-Nya sehingga kita berjaya menundukkan nafsu sepanjang bulan Ramadhan.
Pada zaman hayat Rasulullah s.a.w. dahulu, solat 'Id diadakan di tanah lapang kerana masjid-masjid pada zaman itu kecil-kecil belaka. Kini solat 'Id diadakan di masjid atau disurau. Adalah amat elok jika dapat dibuatkan khemah atau ruang khas dil uar masjid atau surau untuk memberi peluang para wanita yang uzur (haid) duduk ditempat itu supaya mereka dapat sama-sama menikmati syi'ar 'Idil Fitri atau 'Idil Addha.
5) Amalan-amalan Menjelang Hari Raya Puasa
Umat-umat Islam digalakkan melakukan I'tikaf beramai-ramai di masjid pada malam-malam sepuluh terakhir pada bulan Ramadhan (malam ke-21 hingga malam ke-29 atau ke-30) kerana berharap bertemu malam LAILATIL QADAR atau malam kemuliaan yang mempunyai nilai lebih baik daripada 1000 bulan. Amalan ini dilakukan pada zaman hayat Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat serta abad-abad berikutnya, bahkan hingga kini masih dilakukan begitu bersemarak disesetengah negara Islam khususnya di Masjidil Haram (Makkah), tetapi malangnya di negara kita kebanyakkan umat Islam menyambut 'Idil Fitri lebih tertumpu dalam bentuk fizikal atau lahiriah, yang mana sesetengahnya tidak sesuai dengan roh pengajaran Islam. Sejak awal Ramadhan lagi, mereka lebih tertumpu kepusat membeli-belah, melengkapkan persiapan membeli pakaian, hiasan rumah dan lain-lain lagi. Apabila Hari Raya sudah hampir, kebanyakkan suri rumah lebih tertumpu menyediakan kuih-muih yang pelbagai jenis.
Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut 'Idil Fitri. Ciri-ciri yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan. Kita boleh menyediakan makanan, juadah dan kuih-muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana.
Demikian juga dengan perhiasan rumah, pakaian untuk diri dan anak-anak mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga. Acara ziarah menziarahi orang tua, saudara-mara, kaum kerabat, orang-orang yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat handai ini sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya sahaja, tetapi perlu dilakukan pada hari dan bulan lain yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w.yang bermaksud : "Ziarahilah saudara mara kamu dari masa ke masa kerana ia boleh menambahkan kasih sayang." Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita, hendaklah dilakukan labih kerap dan janganlah menunggu Hari Raya sahaja. Amalan meminta maaf juga perlulah dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan kesilapan serta kesalahan pada orang lain.
Keutamaan malam Lailatul Qadar sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Quran yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkat mereka ke darjat yang mulia dan tertinggi. Ummat Islam yang mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. tidak menghunus pedang atau sebagainya untuk memperingati malam ini, tetapi mereka akan bangun di malam harinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan untuk mengharap ganjaran dari Allah swt.
Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Al Quran dan hadits-hadits Nabawiyyah yang shahih yang menjelaskan tentang malam tersebut.
1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar
Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahawasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman,
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [QS Al Qadar: 1 - 5] [2]
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan nan penuh hikmah,
[3] Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [4] Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, [5] (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, [6] sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS Ad Dukhoon: 3 - 6]
2. Waktunya
Diriwayatkan dari Nabi s.a.w.; malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, atau 29 Ramadhan. Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi s.a.w. menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/388).
Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah s.a.w. beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, (yang artinya) “Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)
Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat Ibnu Umar (dia berkata): Rasulullah s.a.w. bersabda; “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” (HR Bukhari 4/221 dan Muslim 1165).
Ini menafsirkan sabdanya (yang artinya), “Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir.” (Lihat maraji’ diatas).
Di dalam suatu kisah pula, kita hampir2 diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. tentang bilakah malam Lailatul Qadar itu, tetapi disebabkan terdapatnya perdebatan di kalangan sahabat maka Rasulullah menyuruh suapaya kita mencarinya sendiri. Dari Ubadah bin Shamit r.a., ia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda, “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga tidak diketahui bilakah Lailatul Qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain: tujuh, sembilan, lima).” (HR Bukhari 4/232).
Banyak hadits yang memaklumkan bahawa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah.
Kesimpulannya, jika kita mencari malam Lailatul Qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari ppada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.
3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar
Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu, dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalaNya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759).
Rasulullah s.a.w. bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759)
Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata, “Aku bertanya, Ya Rasulullah s.a.w. apa yang harus aku ucapkan pada malam Lailatul qadar?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850).
Wahai saudaraku seIslam - semoga Allah memberkati dan memberi taufiq kepada kalian untuk mentaatiNya; engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan solat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada isterimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengikatkan kainnya (menjauhi wanita iaitu isteri-isterinya karena ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari 4/233 dan Muslim 1174).
Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (HR Muslim 1174).
4. Tanda-tandanya
Ketahuilah hamba yang taat; mudah-mudahan Allah menguatkanmu dengan ruh dariNya dan membantu dengan pertolonganNya- sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.
Dari Ubay r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR Muslim 762).
Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda (yang artinya), “Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah.” (HR Muslim 1170. Perkataannya “Syiqi Jafnah”, syiq artinya setengah, jafnah artinya bejana. Al Qadli ‘Iyadh berkata, “Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, karena bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan.”)
Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).
Di dalam keberkatan bulan Ramadan ini, aku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dilimpahi dengan penuh kenikmatan hidup. Aku sedar masanya aku bertemu dengan Khaliqku semakin hampir. Setiap detik mengurangkan kehidupan di dunia dan semakin hampir ke alam kubur. Takut tu memang la takut .... tapi persiapannya untuk ke sana tu apa dan bagaimana. Ibarat orang berdagang .... kena ada ilmu .... kena ada bekal ... kena ada semangat dan sebagainya sebagai bekalan. Persoalannya berapa banyakkah bekalan yang dibawa ?
Hahhhh ... nak story skit kat sini. Suatu hari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan sebuat hadith daripada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang mana sabda baginda: "Terdapat 3 orang yang mana doa-doa mereka tidak ditolak; orang yang berpuasa sehingga dia berbuka; seorang pemerintah yang adil dan doa daripada orang2 yang dizalimi kerana doanya diangkat melebihi awan dan melaluinya terbuka pintu2 langit, dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti akan membantu kamu walaupun pada suatu masa nanti."
Dalam bulan ini, doa2 mereka yag berpuasa akan diterima oleh Allah. Cuba kita cari waktu2 nya afdal. Hahhhh .... masa nak berbuka dan masa nak sahur. Itulah masanya yag terbaik. Dalam bulan inilah sepatutnya kita lebih tawaduk kpd Allah. Seringkali kita ni ... terlupa tujuan kita dihantar ke dunia. Allah berfirman; "Tidak aku jadikan jin dan manusia semata2 utk beribadat kepada". Kadang kala diri sendiri pun lalai mengingat Allah. Betapa ruginya diri kita nie.
Belum tentu thn depan dapat merayakan Ramadhan lagi ....
Ada juga manusia yang menerima kutukan di dalam bulan Ramadhan. Betapa ruginyer kita kalau dikutuk. Siapa yang kutuk ni ? Mengapa pula dikutuk ? So ...... kita baca ehhhhh.
Ka'ab bin Ujra r.a. pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hampirlah ke mimbar". Maka kami pun mendekati mimbar. Bila baginda naik ke anak tangga yang pertama .... baginda berkata "Amin" ..... kemudian baginda meneruskan anak tangga kedua pun baginda berkata "Amin" dan seterusnya baginda naik ke tangga ketiga dan juga baginda berkata "Amin". Lalu sahabat pun bertanya. Ya Rasulullah s.a.w. pada hari ini kami dengar sesuatu yang baru yang tidak pernah kami dengar sebelum ini. Apakah maksudnya tuan ? Lalu Rasulullah s.a.w. pun bersabda bahawa: " Bila sahaja aku langkah anak tangga yang pertama maka datanglah Jibrail a.s. lalu berkata "Celakalah dia yang mendapati bulan Ramadan tetapi membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mendapat keampunan". Dengannya aku berkata "Amin". Bila sahaja aku naik ke tangga kedua, dia berkata "Celakalah dia bilamana mendapati namamu disebutkan tetapi dia tidak membaca selawat", maka aku pun berkata "Amin", dan seterusnya bilamana aku langkahi anak tangga ketiga, malaikat Jibrail a.s. berkata "Celakalah dia yang mana semasa hidupnya dia tidak menjaga kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya maka dia tidak dibenarkan memasuki syurga", maka aku pun berkata "Amin".
Ya Allah .... ruginyer kita kalau menerima kutukan sebegini. Yang mengutuknya Allah dan para malaikat pulak tu. Tapi rasa-rasanya pernah tak kita berbuat sedemikian. Dalam bulan puasa ni ... cuba kita kira2 balik berapa banyak amalan yang telah kita lakukan (maksud saya yang extra drpd bulan2 yg lain). Setakat puasa dan solat tu biasa aje. Semua org pun buat. Berapa byk juzuk Al Quran kita baca sehari ? Berapa banyak solat nafil yg kita kerjakan ? Berapa banyak sedekah yang kita hulurkan ? Waduhhhhhh ...... sikit sangat pakkkk.
Kita tengok silap kita di dalam bulan Ramadhan ni. Banyak kali saya bagitau dalam tazkirah saya. Berapa ramai di antara kaum lelaki yang tidak dapat solat Maghrib secara berjemaah kerana sibuk berbuka dengan keluarga tersayang (kununnyaaaaa lah). Berapa banyak drp kita yang tidak solat subuh secara berjemaah kerana tertidur ? Berapa ramai di antara kita yg katanyer nak terlelap sekejap dikala zohor dan tertinggal takbir pertama dan berapa ramai di antara kita juga yg sibuk di pasar Ramdahan sehingga terlepas solat asar. Hahhhh ..... tu baru kira sikit aje tu ..... belum lagi kira dosa mata .... dosa mulut .... dosa telinga .....fuhyoooo .... berapa tinggal pahala posa kita.
Rugi .... seruginya kita kan ..... So kalau tak nak rugi ...... jommmmmmm kita pakat2 rempuh Ramadhan dengan lebih power.... Tinggal 5 hari (artikel ni aku tulis masa 15 Ramadhan 1429H) aje lagi utk kita niat iktikaf 10 Ramadhan terakhir ni. Moga2 bertemu malam 1000 bulan.
Saja nak kongsi2 .... cara Nabi s.a.w. menyambut bulan Ramadhan ... Kali nie ttg niat puasa lak .... Jgn lupa berniat ... klu idak posa kita nanti tak diterima Allah....
Kan kita dah belajar ttg Hadith pertama .... setiap perbuatan mesti disertakan dengan niat dan niat tu mesti krn Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. berniat posa di kala malam hari sebelum menjelang fajar seperti mana sabda baginda s.a.w. "Barang siapa tidak berniat untuk berpuasa sewaktu malam, maka tidaklah diterima puasanya." [rujuk kitab "Shahih Al-Jaami'(6410)]. Hukum ni jatuh khususnya utk puasa fardhu atau puasa wajib seperti nazar, klu kita posa sunat tidaklah menjadi wajib kita berniat sewaktu malam.
Nie ada satu citer .... ttg bagaimana Rasulullah s.a.w. berniat utk posa sunat .....
Rasulullah s.a.w. suatu ketika tu penrah mengumpulkan anak dan isteri baginda dan baginda ketika itu belum lagi makan apa2 ketika pagi (yakni selepas subuh). Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya ... "adakah kamu menyediakan makanan pada pagi ini?" lalu mereka menjawab "tidak ya Rasulullah." Rasulullah s.a.w. bersadba "tidak mengapa la ... sesungguhnya saya (kini berniat untuk) berpuasa". (HR Muslim). Justeru itu para ulamak telah menyimpulkan bahawa .... seseorg harus berniat utk puasa sunat sblm tergelincir matahari selama mana dia blm makan sesuatu dan tidak melakukan sesuatu yg boleh membatalkan puasa.
Wah ...... hebatnya contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Bila isteri baginda tidak menyiapkan sarapan pagi ... baginda tidak marah sedikit pun ... malahan terus niat utk berposa. Tapi kita .... hehehe ... klu org rumah tak siapkan sarapan pagi .... tuuu diaaaa ... dia punyer mengamuk sakan ....... mcm2 kuar drp mulut kita ......
Contoh teladan terbaik ...... Rasulullah s.a.w. Jom pakat contohi baginda .... jom.
RASULULLAH S.A.W. bersabda: "Umatku telah diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat yang lain sebelum mereka.
1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
2. Ikan-ikan di laut akan memohon keampunan kepada org yg berpuasa sehingga berbuka.
3. Allah akan menghiasi syurga-Nya dan berkata, 'Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu'.
4. Syaitan-syaitan yang jahat dirantai dalam bulan Ramadan.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadan.
Sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Adakah ia malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Tidak!, Namun seorang pekerja akan diberi ganjarannya apabila ia menyelesaikan kerjanya" - hadis riwayat Ibni Hibban.
Keistimewaan pertama bagi orang yang menjalani ibadah puasa ialah pada hari akhirat. ialah Allah mengurniakan pahala dan gantian bau busuk mulut ketika berpuasa lebih harum daripada bau kasturi.
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Allah Azza wa Jalla berfirman: Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa; puasa itu adalah untukKu dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, janganlah kamu rosakkan puasamu itu dengan mengumpat dan menghina orang. Apabila kamu dihina atau disakiti orang, maka katakanlah, 'Aku berpuasa.' Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa, ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka, dia gembira dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal dunia), dia gembira dengan puasanya." - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Antara amalan Rasulullah s.a.w. ialah berdoa ketika berbuka, menyegerakan berbuka, mendahului berbuka dengan buah tamar yang baru masak atau tamar kering atau air (sesungguhnya air itu suci bagi kamu .... di dalam satu hadith yg lain), makan secara sederhana dan menyegerakan segerakan solat Maghrib (jgn lupa berjemaah .... besar ganjarannya). Nak lagi best .... kita berbuka puasa secara berjemaah di masjid2 atau di surau2 supaya kita tidak ketinggalan takbir pertama semasa solat Maghrib.
Untungnya orang yang berpuasa ni tuan2 sebabnya mereka ni sentiasa didoakan oleh makhluk lain termasuklah para Malaikat yang mana Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan:Rasulullah s.a.w. bersabda: Kalau sekiranya umatku mengetahui kebaikan dalam bulan Ramadan, nescaya mereka menginginkan agar sepanjang tahun dijadikan Ramadan. Ini kerana semua kebaikan terkandung dalam bulan berkenaan. Ketaatan diterima dan semua doa dimakbulkan dan diperkenankan dan semua dosa diampuni dan syurga merindui mereka".
Daripada Sahl bin Said ra bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari Kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa). Apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini." - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Hai betapa ruginyer klu kita melepaskan bulan Ramadhan yang mulia ni. Tapi hakikatnya yang memuliakan bulan ini bukan bulan itu sahaja tetapi kita lah yang sepatutnya mengimarahkan aktiviti2 sepanjang bulan ini. Tadarus .... solat sunat terawih ..... iktiqaf, zikir dan sebagainya. Jangan lupa 4 perkara yang disabdakan oleh Rasulullah semasa khutbah di akhir bulan Syaban.
1 bulan Ramadhan .... 5 ganjaran .... 1 menjadi 70 .... sunat menjadi wajib. Di awal kerahiman .... pertengahan ... diampunkan dan diakhir .... bebas daripada neraka.
Tentu siang ku sibuk berzikir
Tentu aku tidak akan jemu-jemu melagukan syair rindu
Mendayu.. merayu.. kepada-Nya Tuhan yang satu
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir Tentu solat ku kerjakan di awal waktu
Solat yang ku kerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Jasad dan qalbu bersatu memperhambakan diri
Menghadap Rabbul Jalil… menangisi segala kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil a’lamin”
Sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku….
Ku serahkan hanya kepada Allah s.w.t. tuhan seru sekalian alam
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir Tidak akan aku sia-siakan waktu walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tidak akan aku biarkan berlalu begitu sahaja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang…. bakal ku syairkan
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir Tentu malam ku sibuk dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajjud
Mengadu… merintih.. meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
tapi… aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu”
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir Tentu diri ku tidak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita sama-sama meriahkan Ramadhan ini
Kita buru… kita cari… suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir Tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri… rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan… lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling berseri dan paling bererti
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju keredhaan serta kasih sayang-Mu Ya Illahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun…. Tidak ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha…. bersedia… meminta belas-Nya… .
Andai benar ini Ramadhan yang terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN DAN KETERLANJURAN YANG PERNAH DIRI INI LAKUKAN