Wednesday, September 3, 2008

BAGAIMANA NABI S.A.W. MENYAMBUT RAMADHAN

Alhamdulillah, sekarang ni bulan Ramadhan, so kita citer skit tentang bulan yg mulia ini k.

Kengkawan smua tahu tak ... baginda Rasulullah s.a.w tidak berpuasa selagi baginda tidak nampak anak bulan Ramadhan dgn penglihatan (rukyah) yang yakin (pasti) dan baginda juga selalu meninjau2 anak bulan dan menyuruh para sahabat juga berbuat begitu.

Jika ada di antara sahabat yang beritahu Nabi s.a.w bahawa dia ternampak anak bulan Ramadhan , maka banginda menyuruh umat Islam berposa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :- "Berposala kamu jika nampak anak bulan dan berbuka (berhariraya) la kamu jika terlihatnya. Jika kamu diselubungi redup, maka cukupkanla bilangan hari atau kamu cukupkan bilangan bulan Syaban sebanyak 30 hari"
(H.R. Imam Al Bukhari, Muslim dan selainnya)
Kat sini pun cukuplah Rasulullah s.a.w. dengan seorg saksi. Dalam satu kisah ada seorg Arab dari pendalaman memberitahu Rasulullah s.a.w. bahawa dia ternampak anak bulan Ramadhan, maka Rasulullah s.a.w.pun menyuruh Saidina Bilal r.a. memberitahu org ramai supaya berpuasa
(berdasarkan Hadith At- tarmizi, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan selain mereka).

Sekarang ni dunia dah moden, dengan adanya kemajuan dlm dunia ICT, maka dengan kiraan hisab serta rukyah, kehadiran anak bulan sudah dapat dijangkakan. Persoalannya sekarang ialah tentang pengisian di bulan ini.

Rasulullah s.a.w. juga melarang umatnya menyambut Ramadhan dengan berposa sehari atau 2 hari sebelumnya sebagai sikap ihtiyaat (memelihara agama) dan ta'ammuq (memegangi agama secara teguh) seperti mana sabda baginda:- "Janganlah kamu mendahulukan Ramadhan dengan berposa sehari atau 2 hari melainkan jika telah berposa sebelumnya, maka hendaklah kamu meneruskan posa itu"
(H.R. Bukhari Muslim).

Kalau kita selalu berposa sunat Isnin & Khamis dan sebaginya; tiba2 antara hari tersebut terjatuh pulak Ramadhan maka tidakla mengapa jika kita meneruskan posa sunat tersebut. Nabi juga menegah kita berposa pd hari syak (samada 30 Syaban atau 1 Ramadhan) seperti mana Rasulullah s.a.w. bersabda :- "Sesiapa yg berposa pd hari yg diragui, maka seseungguhnya dia telah mendurhakai aku"
(HR Abu Daud dan At Tarmizi).

Ummu Al-Mukminin Aisyah r.a. pernah berkata:- "Tiadalah aku melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan posanya sebulan penuh kecuali di bulan Ramadhan dan tiada aku lihat beliau berposa lebih byk di bln2 lain kecuali Syaban".

No comments: