Sunday, September 14, 2008

3 JENIS KUTUKAN

Ada juga manusia yang menerima kutukan di dalam bulan Ramadhan. Betapa ruginyer kita kalau dikutuk. Siapa yang kutuk ni ? Mengapa pula dikutuk ? So ...... kita baca ehhhhh.

Ka'ab bin Ujra r.a. pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hampirlah ke mimbar". Maka kami pun mendekati mimbar. Bila baginda naik ke anak tangga yang pertama .... baginda berkata "Amin" ..... kemudian baginda meneruskan anak tangga kedua pun baginda berkata "Amin" dan seterusnya baginda naik ke tangga ketiga dan juga baginda berkata "Amin". Lalu sahabat pun bertanya.
Ya
Rasulullah s.a.w. pada hari ini kami dengar sesuatu yang baru yang tidak pernah kami dengar sebelum ini. Apakah maksudnya tuan ? Lalu Rasulullah s.a.w. pun bersabda bahawa: " Bila sahaja aku langkah anak tangga yang pertama maka datanglah Jibrail a.s. lalu berkata "Celakalah dia yang mendapati bulan Ramadan tetapi membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mendapat keampunan". Dengannya aku berkata "Amin". Bila sahaja aku naik ke tangga kedua, dia berkata "Celakalah dia bilamana mendapati namamu disebutkan tetapi dia tidak membaca selawat", maka aku pun berkata "Amin", dan seterusnya bilamana aku langkahi anak tangga ketiga, malaikat Jibrail a.s. berkata "Celakalah dia yang mana semasa hidupnya dia tidak menjaga kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya maka dia tidak dibenarkan memasuki syurga", maka aku pun berkata "Amin".

Ya Allah .... ruginyer kita kalau menerima kutukan sebegini. Yang mengutuknya Allah dan para malaikat pulak tu. Tapi rasa-rasanya pernah tak kita berbuat sedemikian. Dalam bulan puasa ni ... cuba kita kira2 balik berapa banyak amalan yang telah kita lakukan (maksud saya yang extra drpd bulan2 yg lain). Setakat puasa dan solat tu biasa aje. Semua org pun buat. Berapa byk juzuk Al Quran kita baca sehari ? Berapa banyak solat nafil yg kita kerjakan ? Berapa banyak sedekah yang kita hulurkan ? Waduhhhhhh ...... sikit sangat pakkkk.

Kita tengok silap kita di dalam bulan Ramadhan ni. Banyak kali saya bagitau dalam tazkirah saya. Berapa ramai di antara kaum lelaki yang tidak dapat solat Maghrib secara berjemaah kerana sibuk berbuka dengan keluarga tersayang (kununnyaaaaa lah). Berapa banyak drp kita yang tidak solat subuh secara berjemaah kerana tertidur ? Berapa ramai di antara kita yg katanyer nak terlelap sekejap dikala zohor dan tertinggal takbir pertama dan berapa ramai di antara kita juga yg sibuk di pasar Ramdahan sehingga terlepas solat asar. Hahhhh ..... tu baru kira sikit aje tu ..... belum lagi kira dosa mata .... dosa mulut .... dosa telinga .....fuhyoooo .... berapa tinggal pahala posa kita.

Rugi .... seruginya kita kan .....
So kalau tak nak rugi ...... jommmmmmm kita pakat2 rempuh Ramadhan dengan lebih power.... Tinggal 5 hari (artikel ni aku tulis masa 15 Ramadhan 1429H) aje lagi utk kita niat iktikaf 10 Ramadhan terakhir ni. Moga2 bertemu malam 1000 bulan.

Jangan lupa niat posa untuk esok.

Wassalam.

No comments: