RASULULLAH S.A.W. bersabda: "Umatku telah diberikan
1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
2. Ikan-ikan di laut akan memohon keampunan kepada org yg berpuasa sehingga berbuka.
3. Allah akan menghiasi syurga-Nya dan berkata, 'Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu'.
4. Syaitan-syaitan yang jahat dirantai dalam bulan Ramadan.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadan.
Sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Adakah ia malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Tidak!, Namun seorang pekerja akan diberi ganjarannya apabila ia menyelesaikan kerjanya" - hadis riwayat Ibni Hibban.
Keistimewaan pertama bagi orang yang menjalani ibadah puasa ialah pada hari akhirat. ialah Allah mengurniakan pahala dan gantian bau busuk mulut ketika berpuasa lebih harum daripada bau kasturi.
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Allah Azza wa Jalla berfirman: Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa; puasa itu adalah untukKu dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, janganlah kamu rosakkan puasamu itu dengan mengumpat dan menghina orang. Apabila kamu dihina atau disakiti orang, maka katakanlah, 'Aku berpuasa.' Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa, ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka, dia gembira dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal dunia), dia gembira dengan puasanya." - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Antara amalan Rasulullah s.a.w. ialah berdoa ketika berbuka, menyegerakan berbuka, mendahului berbuka dengan buah tamar yang baru masak atau tamar kering atau air (sesungguhnya air itu suci bagi kamu .... di dalam satu hadith yg lain), makan secara sederhana dan menyegerakan segerakan solat Maghrib (jgn lupa berjemaah .... besar ganjarannya). Nak lagi best .... kita berbuka puasa secara berjemaah di masjid2 atau di surau2 supaya kita tidak ketinggalan takbir pertama semasa solat Maghrib.
Untungnya orang yang berpuasa ni tuan2 sebabnya mereka ni sentiasa didoakan oleh makhluk lain termasuklah para Malaikat yang mana Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan:Rasulullah s.a.w. bersabda: Kalau sekiranya umatku mengetahui kebaikan dalam bulan Ramadan, nescaya mereka menginginkan agar sepanjang tahun dijadikan Ramadan. Ini kerana semua kebaikan terkandung dalam bulan berkenaan. Ketaatan diterima dan semua doa dimakbulkan dan diperkenankan dan semua dosa diampuni dan syurga merindui mereka".
Daripada Sahl bin Said ra bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari Kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa). Apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini." - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Hai betapa ruginyer klu kita melepaskan bulan Ramadhan yang mulia ni. Tapi hakikatnya yang memuliakan bulan ini bukan bulan itu sahaja tetapi kita lah yang sepatutnya mengimarahkan aktiviti2 sepanjang bulan ini. Tadarus .... solat sunat terawih ..... iktiqaf, zikir dan sebagainya. Jangan lupa 4 perkara yang disabdakan oleh Rasulullah semasa khutbah di akhir bulan Syaban.
1 bulan Ramadhan .... 5 ganjaran .... 1 menjadi 70 .... sunat menjadi wajib. Di awal kerahiman .... pertengahan ... diampunkan dan diakhir .... bebas daripada neraka.
No comments:
Post a Comment